Rabu, 2 November 2011

takde adab!!!!

Alhamdulillah.....kemarahan dah agak reda!Kalau semalam aku menghadap blog,dah tentu,tertulis perkara yg #@*%$!!!!!Bukan senang nak redakan kemarahan yg meluap2.
Beberapa kali beristighfar.....n menarik nafas,mesti cool!
Anakku yg seorg ni dah terpilih utk mewakili sekolah dlm dikir barat(dlm bahasa arab),alhamdulillah.Ustazahnya pon dah berikkan tarikh utk latihan.So semalam adalah hari pertama utk latihan tersebut.Kebetulan pula ada hari kantin @ keushawanan,hari khamis ini.Maka semangat nak berlatih sama naik dgn semangat nak berniaga.
Hari selasa -hari pertama akan diadakan latihan utk dikir barat ,bermula 2.30ptg - 5.30ptg.Aku pun suka tengok anak2aku ni aktif utk sekolah.Masa ambil anakku yg lain kat sekolah,aku siap bungkuskan nasi serta air ukt makan tengaharinya.Katanya masa aku berikan bungkusan makanan,'jap lagi nak gi beli barang utk hari keushawanan kat Giant,kawan mak dia akan hantarkan.Pergi elok2,balik elok2.....pesan aku.DI SINILAH KESILAPAN TERBESAR AKU!AKU DAH TERLUPA PASAL LATIHAN!!!!!!!
Lebih kurang pukul 2.50ptg,anakku ini balik ke rumah bersama seorang rakan kelas merangkap kawan dlm kumpulan keushawanan(jauh umah ngan sekolah ngan kawasan berbukit lebih kurang 1 km juga).Masa itu ,aku tengah tidurkan baby adam.Ibu,boleh tak hantarkan dia bersama kawan2 ke Giant?.Guru besar suruh beli brg hari ini juga.Mak kawan dia tak dpt hantarkan sbb ayahnya pakai kereta.
Nak beli apa,sampai nak ke Giant?tanya aku utk kepastian.Kata anakku nak beli sausage utk dijual hari khamis ini.Kalau itu jer nak dibelikan,baik gi pasaraya kat umah ni jer.Kawan2 yg lain dok tunggu kat sekolah.....( 1- nak suruh hantar,nak kena pergi ambil pula tu,yg anak aku balik jln kaki - geram juga!!!)tapi.....mengenangkan anak!
Baby adam baru tidur,dah terpaksa didokong masuk ke dlm kereta.Kena pula pergi ke sekolah kembali utk jemput kawan2 anakku yg ingin menumpang ke Giant.
Semuanya ada 6 org ,termasuk aku n anak2 semuanya ada 9org.Diantara mereka ada 2 org kawan perempuan.Aku ni bab campur perempuan n lelaki ni,mmg sensitif.Bukanlah tak bagi berkawan,tp awal2 aku dah 'sound',kalau nak berkawan lelaki n perempuan hanya kat sekolah utk bincang hal sekolah.Bole ker mcm tu?Aku ,kalau dulu mmg takut kalu bapa aku 'sound'mcm tu.Mmg tak berani.Zaman dah berubah........hukum Allah tetap berguna sepjg zaman!Sambung balik bab tadi....
Dalam ramai2 yg panjat kereta tu, takde seorang pun yg menyapa aku.Bagi salam pun tidak.Semua masuk dlm kereta macam kambing masuk kandang.( 2 - terasa mcm drebar ler ,pulak!)
Dah dekat nak sampai Giant,mereka tukar fikran nak ke Tesco pulak!Bila dah 'parking',aku pesan 1/2 jam jer,jgn lambat2.Bayangkan apa perasaan kita,dah ler bersusah payah ambil, pastu hantar,sorang pon tak cakap terima kasih,turun dari kereta..Cuma anak aku jer yg minta izin utk pergi bersama kawan2nya .
Tak sampai 10minit tunggu dlm kereta,baby adam pun dah terjaga dari tidur.Alang2 dah sampai n adam pun dah bangun,aku bersama adam n iman pon masuk ke dlm Tesco.Ada ler 3@4 barang yg dibeli,anakku  sapa aku dan beritahu kawan2nya ada disitu.Aku lihat dlm troli tu dah penuh dgn air kotak,air tin n beberapa benda lagi.So,aku pun tolak troli menghampiri mereka sambil menegur,dah beli?Seorang pun tak jawab.2 org budak perempuan tu pulak pusing membelakangi aku.( 3 - tak ada adab!).
Selepas membuat pembayaran,aku terus ke 'parking',sambil tu suapkan adam n iman makan donut yg dibeli kat dlm Tesco tadi.Sampai habis makan donut,sempat lagi aku kemas2kan kereta,buang2 pasir kat carpet kereta.Pastu dah azan asar......
Anakku n seorg kawannya dtg simpan barang yg dibeli.Aku lihat 6 bungkus sausage n kawannya pula beli roti kek 4 bungkus.Itu,kalu beli kat pasaraya kat umah pon ada.Pastu yg lain mana?dah masuk asar ni!!!!
Jap nak gi cari yg lain,kata anakku.Masuk lagi dlm Tesco!!!5minit,10minit,15minit.....semua tak nampak batang hidung.Bayangkan dari lebih kurang 2.50 tghari sampai ke azan asar,pastu tunggu lagi....Apalagi????aku,adam n iman terpaksa masuk balik ke dlm Tesco.Cantik sungguh pemandangan!!!
Wah!ada yg nak berdating rupanya!Siap pakat makan kat food court!( 4 - ada tak diorg terfikir yg aku dok terconggok tunggu kat tempat parkir!??)
Memang kena 'sound'masa tu jugak!Kata aku,makcik hantar hampa semua ,mai beli barang,kalau nak mai makan2,dtg ler ngan famili hampa.Ada tak, terfikr acik ni ada anak kecil?Lepas tu ,terus jer aku gi kat tempat parkir.Anakku dtg,beritahu mrk nak balik dgn teksi.Jangan mengada2,dtg dgn ibu,mesti balik jugak dgn ibu.Bila anakku gi jemput lagi,mrk kata nak gi Giant nak cari brg lagi.Nanti mereka call ayah salah seorg utk ambil.pulang.Malas ,aku nak layan!
AKHIRNYA....aku dpt tahu,hanya seorg jer dlm kump.anak aku n sama kelas.,yg lain tu dari kelas 6A.Salah seorg tu ,kira 'famous'kat sekolah.
Bila esok tu ,aku ceritakan pada ayahnya.....mmg kena!!!!!Pesan ayahnya,jgn mudah nak ikut telunjuk org.Biar takde kawan dari berkawan dgn org yg hanya nak mempergunakan org!Ada 3 jenis kawan
1-yg hanya,hai!hai!bye!bye!
2-bila kita senang,ramai keliling pinggang
3-bila kita menangis,dia hulurkan tangan........bkn senang nak cari yg macam nie....tp pasti ada yg akan kita jumpa dlm keikhlasan berkawan,insyaallah.
Walaupun hanya dgn budak2,tapi persaan marah begitu,tak pernah aku rasa sebelum ini.Betul tak ada adab!
Hari rabu,bila anakku pergi sekolah,ada yg mohon maaf.Begitu juga dgn anakku yg mohon maaf .Aku mungkin maaf ......bila marahku reda.
Moga tiada anak2ku yg tak beradab,walau siapa org itu! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT