Ahad, 31 Julai 2011

Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

"YA ALLH TOLONG ABAIKAN PUASA UMAT MUHAMMAD APABILA SEBELUM MEMASUKI BULAN RAMADHAN DIA TIDAK MELAKUKANHAL-HAL BERIKUT:


TIDAK MEMOHON MAAF TERLEBIH DAHULU KEPADA ORG TUANYA,JIKA MASIH ADA

TIDAK BERMAAFAN TERLEBIH DAHULU ANTARA SUAMI ISTERI

TIDAK BERMAAFAN PADA ORG SEKITARNYA

maka Rasulullah pun mengatakan amin sebyk 3kali.dapatkah kita bayangkan yg berdoa malaikat dan yg mengaminkan adalah Rasulullah serta sahabatnya dan dilakukan pd hari jumaat?
oleh sebab itu,saya mohon maaf atas segala salah n silap.....moga kita mendapatkan keberkatan ramadhan,amin



RAMADHAN

Kelebihan bulan ramadhan dan keagungannya... dgn adanya malam lailatulqadar yg dirahsiakan harinya.Maka berebut2lah kita dalam melakukan amal ibadat sehingga mendapat keampunan dan pahala serta rahmatNya,dlm bulan tersebut.Melebihkan ibadat dan berjaga malam dgn melakukan amalan solat sunat,istighfar,tasbih dan berzikir.
Sabda Nabi saw...diberi kpd umatku lima perkara yg belum pernah diberikan kpd umat2 dahulu sebelumnya...
-bau mulutnya org yg berpuasa lebih harum daipada harum kasturi di sisi Allah
-segala perbelanjaan dan derita lapar selama seseorg itu berpuasa adalah syurga balasannya.
-diampunkan dosa2 mereka pd malam lailatulqadar.
-amalan yg dilakukan pada bulan ini akan digandakan kpd sepuluh hingga tujuh ratus ganda pahala ,melainkan puasa itu keranaNya...yg menahan syahawatnya serta makan minum.
-dan mereka dikurniakan nikmat dan keseronokkan ketika berbuka serta semasa menemuinNya di akhirat nanti
(al-hadith)
*fazilat bulan rejab,syaaban n ramadhan)
.

Sabtu, 30 Julai 2011

HARIMAU MALAYA...asah taringmu!!!

Rasanya belum terlambat memberi sedikit komen tentang perlawanan semalam.Betapa bersemangatnya kami dengan 'Harimau Malaya'.Ayahanya pun 'curi2' balik jap dari kerja utk menyaksikan perlawanan kelayakkan utk'World Cup'.Semangat lebih membara bila melihat anak2 kat kawasan perumahan ini ,dari tengahari lagi dah siap sarungkan 'jersi kuning'Kedai makan kat depan umah pula pasangkan 'screen besar'...wah!ramai yg menantikan aksi 'Harimau Malaya'.Paih solat maghrib org dah ramai kat kedai makan tu.Kami yg kat dlm umah pon tak sabar2 menanti perlawanan ini.
Debaran 'gol' yg dijaringkan safee sali,meriuhkan kawasan tempat tinggal aku.Sayangnya kegembiraan itu hanya seketika bila singapura pula menyumbatkan gol selang tak sampai 15 minit.Jaringan itu sebenarnya telah melemahkan kami yg melihatnya.....nampak gayanya kemenangan bukan milik kita.
Apapun kesungguh pemain2 kita patut diberikan pujian terutama yg byk menepis bola digawang gol...Khairul Fahmi Che Mat.Kehebatan aksi2 mereka byk diganggu oleh'sekejap2 sakit'pemain bolasepak singapura!Bangga dengan'Harimau Malaya'....
Walaupun 2018...baru dapat kembali utk 'piala'ini...kita ada masa utk ...mengasah taring!!!

Khamis, 28 Julai 2011

ciannyer...iman danish kena 'campak' <*_*>

Semalam kira2 pukul 10.30 pagi,aku terima panggilan dari pembantu kelas pra-sekolah,kakak nurul.Katanya badan iman danish semakin panas dan kemungkinan deman campak.Aku pula ketika itu baru pulang dari sekolah yg sama kerana urusan 'buka akaun'tabung haji utk imran.Terpasksalah berpatah balik ke sekolah.Sampai disana...mmg betul deman campak.Tadi pagi sewaktu ke sekolah...biasa jer.Ada tiga @ empst biji campak kat muka n kat belakang badan.
So dari sekolah terus jer aku bawa ke klinik kesihatan salak tinggi.Sampai kat klinik dah pukul11.00pagi,orang masih ramai menanti utk berjumpa doktor.Badan iman dah mula gatal2 n rimas.Sempat ler sekejap si iman terlelap kat atas riba aku.Si adam pula,nasib baik abang irham yg jaga.
Badan dah mula lemah n merengek,nak balik.Oleh kerana muka ini 'muka  klinik',ada ler jugak nurse2 yg selalu...tegur2!Aku bukanlah nak ambil kesempatan tetapi memandangkan iman dah merenget2 n risaukan adam ngan abangnya yg kat dlm kereta tu...aku pun minta 'cepatkan'sikit.Masa tu pun dah pukul 12.50tgh.Abang irham pula sekolah petang....sempat ker?
Alhamdulillah.....atas pertolongan nurse tersebut...masa tu nombor giliran baru 1065,padahal no iman 1101.Kalau ikutkan nombor giliran ,mau irham tak ke sekolah!Tq...nurse!
Kesian iman...banyaknya biji campak terutama kat muka.Bagi makan ubat,sapukan ubat krim.....terus lena!
Hari ini hari kedua...tergaru2!Aku letakkan bedak sejuk...jap lagi nak carikan air kelapa pulak.Ada org bagi petua suruh berikan minum air kelapa muda,insyaallah akan keluar semua biji campak.Kat dlm umah ni hanya iqbal yg pernah kena 'campak'.Dah hampir2 nak 'berpuasa'ni harap tak de ler sesiapa yg berjangkit!Moga iman danish cepat sembuh n sihat!Dah boring tak dpt ke sekolah!






waluapun sakit tapi masih sempat nak 'bergaya'

ciannyer.....habis muka yg 'hancem'!!!!



...Haniza Hanif...membawa kenangan!



Tetiba ada pulak 'badge'sekolah convent kat sini..! Sebenarnya...disinilah bermulanya perkenalan yg membawa kepada 'tali persahabatan'.Baru2 ini aku telah berjumpa seorg lagi sahabat paling lama ku kenal Haniza Hanif.Aku kenal dia dr.drj 1,sampai sekolah menengah.Hampir 25 thn kami terputus hubungan....
Dah dpt berjumpa kat fb....terasa amat2 rindu pd 'teman2'rapat...pada suasana yg pernah dilalui..terutama pada zaman persekolahan.
Kami memasuki drj 1 pd thn1978....di sekolah rendah convent2,jln sg.nyiur,butterworth.Walaupun dari darjah 1 hingga darjah 6 tak sama kelas tapi kami tetap bertegur sapa....atau saling membalas senyuman!
Bila naik ke tingkatan 1,di sek men convent,butterworth...disitulah segalanya bermula.Haniza(ija),Zuridah(Ju),Norlela(lela)dan Che Su adalah 'geng'yg paling rapat.
Haniza...atau lebih mesra dipanggil ija ni seorg yg paling lemah lembut antara kami.Tuturnya pun amat lembut tetapi....masa itu dia juga menjadi rebutan...????jgn mare ija!Bila dah jumpa teman lama ni,mulalah teringat kembali kenangan2 indah n duka sewaktu itu.Diantara kami, ju yg paling rapat ngan ija.dimana ada ju disitulah ada ija kerana mrk satu kelas dari drj 1,lagi!.
'Emporium'yg pada masa itu terletak atas setesen bas kat jeti(jeti untuk ke Penang) adalah tempat lepak budak sekolah yg paling dekat ngan sekolah kami.Kemudian emporium ditukarkan ke Parkson,skrg tak tahulah masih wujud ka tempat itu?Semua budak sekolah men.convent yg tidak pulang ngan kenderaan sendiri,mmg terpaksa ke 'setesen bas'utk pulang.Jadi sebelum pulang tu...mcmna pun mesti nak 'meronda'kat emporium nie.Bukannya beli apepon cuma 'window shopping'...sambil2 cucu mata!hahaha!....budak2 sekolah assumpition(sek.budak lelaki!) pun naik bas kat sini.He!he!
Masa tu aku masih tinggal kat tmn cantek,makmandin dan ija masa tu tinggal kat perai..kemudian berpindah ke seberang jaya....walaupun masing2 naik bas yg berlainan arah tetapi kami tetap pulang bersama 'geng'.Hebatnya 'geng' kami nie tak ada siapa yg berani nak buli2 @ cari pasal...Ada satu insiden tu sampai ada yg makan penampar sbb kacau 'anak buah'kita.Huh!garangnya...along!itu acah jer....nak bela kawan !.Sampaikan cikgu2 pun tau!...ingat tak ija masa 'geng kita kena wat kerja kat tempat 'buku pinjaman'...ramai yg cemburu...sbb asyik 'geng'kita jer kena panggil!dah tu dpt ler mengelat masuk kelas.....(masa tu dah akhir thn pun...)
Ada satu peristiwa yg tak mungkin dilupai ialah masa 'kita' nak menyiasat salah satu bilik darjah yg kononya 'keras'!Lucukan?...dlm penyiasatan 'kita'...sebenarnya ada juga 'perkara'yg pelik berlaku pd kita kan?Asyik dok memikirkan 'kes'yg nak disiasat...along pernah jatuh tangga n terseliuh masa nak turun dari kelas.Kita sendiri pernah terdengar seperti org bermain bola dlm stor padahal bilik itu berkunci.Dan yg paling menghairankan...kita terjumpa....rambut'uban'yg panjang kat bilik makmal.Ramai rakan kelas kita dah ketakutan n marahkan'geng'kita sbb sibuk nak menyiasat pasal'kes'itu.Oleh kerana semua dlm ketakutan...kita pun mengishtiharkan...takkan siasat lagi....kebetulan selepas tu dah takde kejadian pelik!
Masih ingat ....cikgu yusof?Hahaha!...biar 'kita' aje yg tahu...'kejadian'bersama cikgu ni!Agak2 masih ada ke lagi cikgu yusof nie?Lucukan????
Ha....ada lagi satu 'kejadian'ponteng sekolah sbb nak wat 'majlis perpisahan'lepas habis SRP...ingat tak?Itulah first n last kita ponteng sekolah.Masing2 takut...tapi wat juga.Kat mana kita.....????Kat...'pantai bersih'!!!Masa tu pantai bersih masih cantik dan boleh turun ke pantainya mencari remis.Skrg ni dengar khabar...pantai bersih dah tak bole dikunjungi n dah takde 'pantainya'.Disitu dijadikan tempat 'kontena'...waallah!...ada 'geng'kayak yg mendarat n sempat berkenalan....n...tetiba ada'pakwe'yg nak joint!...itulah yg marah sgt sbb kalu 'kite2'jer takpeler juga tapi bila masuk bab'pakwe'...mau kena 'pancung'kalau tau dek bapak aku!hahaha!...itulah kenangan!walaupun pahit masa tu....indah bila dikenang!mau senyum sorang2 bila dikenang kembali......
Bila habis SRP,masing2 dah dpt keputusan....itulah saat2 'paling sedih'Kebetulan aku pula pindah ke Kg belah dua,permatang pauh...n bertukar sekolah.Inilah saat yg memisahkan kita.Semua terputus hubungan.Masa tu manalah semua org ada telephone apatah lagi h/p.....hanya rindu yg membuku dihati!
....ada byk lagi kenangan ngan sek,teman2....nnt ada mase ku coretkan lagi.....

Selasa, 26 Julai 2011

rejab,syaaban,ramadhan.....

REJAB bulan menabur benih
SYAABAN bulan menyiram tanaman
RAMADHAN bulan menuai

REJAB bulan keampunan
SYAABAN bulan syafaat
RAMADHAN bulan menggandakan kebajikan

REJAB bulan taubat
SYAABAN bulan muhibbah
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah

REJAB digandakan 70 pahala
SYAABAN digandakan 700 pahala
RAMADHAN digandakan 1000 pahala

...<( * ~ * )>...facebook been 'hacked'

setelah beberapa hari dari 20hb.julai....semalam,alhamdulillah dah fb kembali. tetiba......ramai yg jawab mssg yg kononnya telah dihantar leh aku dlm bahasa english!tak mungkin!huhuhu!fb aku telah kena hack!apa yg sepatutnya aku buat yer?Cara yg paling mudah .....aku tukar jer password!bole ker?...malunya rasa bila ramai kekawan 'gelak' kat aku,sbb antar mssg dlm bahasa 'London'.Apapun 'I get my fb,back!'.....jom kite fb!
-berhati2 'add' @ menerima ape2 kat fb tu.....
-diorg ni....takde keja lain ker?
-sbb2 lain yg bole jadi cam nie,knpa yer?

Ahad, 24 Julai 2011

*****.....bersama my heroes d'hujung minggu.....

MUHAMMAD ILYAS ADAM...dah 1thn 3bln....masih belum bole jln.Kalau merangkak mmg laju.Skrg anak ibu ni dah makin cerdik n aktif. ......skrg ni,adam tgh memandang sesuatu yg bole disepahkannya.....
 o.....pensil warna abg iman!emmmm!jgn yer!....terus jer tak jadi nak kacau brg abg iman,dah faham pon....anak ibu ni.cayang ibu!!
Minggu ni...dah hampir 3minggu ayahnya tak cuti. Boringnyer.....asyik teperap kat umah!Anak2:jom ler ibu!jom ler!......Jom!kita gi 'swimming'kat cyberjaya!Itu jer tempat yg ibu tahu.Apalagi...paih kemas2 umah,kerja sekolah dah siap...pakat anak beranak pon bertolak...kat pukul 11.30 pagi.Adam sampai terlena cam jauh sgt....padahal ibu bawa 'slow sgt!
 Inilah yg sesgt disukai anak2ku.........
 Belajar nak menyelam....
 terpaksalah abg2,bergilir2 melayan si adam yg tak mahu melepaskan peluang utk 'berenang!
 seronoknyer....
 iman n imran belajar menahan nafas.....
 hah!tak nak naik....
 tak nak!tak nak!.....nak berendam lagi!
 Lepas 'berendam'dpt main kat tmn permaianan pulak!
 abg iman nak tolong 'buaikan'
 tak reti penat......paih tu pakat main futsal ler pulak!ibunyer ler yg penat....adus!anak....
Hampir 3.00ptg....baru bertolak pulang.......

Sabtu, 23 Julai 2011

...:::3 rasa dlm satu mlm.....bangga...resah...n ...bahagia:::...

Mlm ini telah berakhirnya Tilawah Al-quran.Juara qori n qoriahnya telah disandang oleh Malaysia.Betapa bacaan mereka.....selain suara yg bagus,lebih penting tentang bacaan dari sudut taranum,hukum2nya...hebat sungguh!Alhamdulillah.....bangga dengan mereka !!!

Perlawanan kali ini,ingatkan tiada siaran langsung kat tv rtm.....rupa2nya ada!!Hah!dah terlewat kat setengah jam....tengok2 malaysia dah kena 4 berbalas 1.Ala.....keciannyer....tapi tak pe jgn mengalah!Seronoknya masa minit ke 69 n masa minit ke 70...dua biji gol malaysia sumbat. Dah dekat2 nak habis masa.....ala malaysia kena lagi sebiji....ngan singapura!Jadilah kemenangan wat singapura.....5gol berbalas 3gol!Apapun...tahniah malaysia.Walaupun rasa resah....tapi permainan makin bagus!Masih ada peluang utk bangkit nanti kat Stadium Bukit Jalil...ayuh MALAYSIA!
Paih tu...tengok jap Majalah 3....rupa2nya ada 'berita'tentang pengacara majalah 3 n malaysia hari ini...Nurul Syuhada Nurul ain.Beliau telah selamat berkahwin dlm upacara akad nikah yg meriah ala2 konsep maghribi.Tahniah!Moga berbahagia....ke akhir hayat,insyaallah,amin!
Malam ini...rupanya ada bermacam peristiwa...Tamatnya tilawah al-quran...terasa hampir sangat ngan ramadhan.Sebenarnya aku lebih merasakan suasana ramadhan bila bermulanya tilawah al-quran.....kerana dahulu tilawah(musabaqah al-quran)dilakukan waktu bulan ramadhan.Sayu jer...nak sambut ramadhan!Rasa seperti baru jer ramadhan yg lalu......agak2 ramadhan yg akan datang...masih lagikah aku disini?Mampukah aku meningkatkan n melebihkan amal .Moga Allah swt,mempermudahkan urursan hambamu ini yg hina lagi jahil......
Oleh kerana dlm umah ni aku jer 'perempuan',mau tak mau kenalah juga tempias tengok bolasepak!Tengok pun sebab semangat...MALAYSIAKU!!!!
Si cantik......nurul syuhada n pasangananya.....moga kekal dunia n akhirat,amin!

....tak beli....dpt juga merasa!!!

 Hahah!ada brg baru sanpai kat kedai secondhand ....dpat juga adam duduk n main sekejap.
Seronoknyer......dah puas dapat main......bye!bye!car.......esok mungkin ada mainan  lain pula yg datang!

Jumaat, 22 Julai 2011

...imran kehilangan songkok baru.......



anakku yg seorang ni mmg suka pakai songkok.Kat mana2 pun bersongkok....kecuali mandi n tidoq.Songkok yg dipakai tiap hari dah agak lusoh....so semalam aku dah belikan yg baru kat mydin,nilai.Seronoknya mmg terpancar kat wajah,seorg kanak2.Maklumlah dapat barang baru yg disukai pulak tu.
wAH!seronoknya hari ini bergaya ngan songkok baru kat sekolah.Tetiba....masa balik dari sekolah agama,aku tengok anakku,imran menangis tersedu2.Biasanya dia,bukanlah 'cemey'!,sikit2 nak nangis.Terkejut juga aku bila tengok dia nangis sepanjang jln pulang ke rumah.Rupa2nya ada kawan yg curi n sorokkan songkok dia...."tak pe lah,imran....nanti hari isnin,kita jumpa ustazah....minta kawan pulangkan songkok imran.Kalau dah hilang,nak buat camna....kita beli aje yg baru.Dah tak ade rezeki......
Nampak gayanya,hari ini gi mengaji al-quran terpaksalah pakai songkok lama....
Rupa2nya.....budak yg ambil songkok imran ni....minta imran berikan dia rm1.Oleh kerana imran tak nak....selepas,adengan ugut mengugut n berbalas kata....itu ler yg budak tu wat lari songkok dia....so perkara ini kenalah wat aduan kat pengetua...agar tiada kes spt ini terjadi pd anak2 yg lain,insyaallah.

Khamis, 21 Julai 2011

OH! FACEBOOK.......

Apa dah jadi ngan facebook?Dah 2 hari aku tak dapat nak 'bertanya khabar' ngan teman FB.Rindunyer......n terasa sunyi ler pulak!Ada sesetengah teman tu, aku baru jer jumpa....setelah hampir 20 thn terputus hubungan. Lalainya aku.....no.tel n no.h/p yg diberi teman2 lama pun byk yg belum aku catatkan tertinggalkan kat dlm kotak msg!
Anak2 sedara yg sebelum ini aku tak kenal....dpt aku eratkan kembali silaturrahim.....kini.....
Nak mengharapkan berhubung ngan h/p....nampaknya 'terbengkalai'semua connection!
Adakah hanya melalui google chrome jer yg tak dpt 'connection?Kat luar sana .....ada sesiapa yg tahu?Org2 mcm aku ni.....manalah pandai sgt pasal t'net.Jadi ada sesiapa yg bole tolong ajar.....jutaan tq!

Rabu, 20 Julai 2011

beramal dlm berbakinya hari syaaban!





tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan ramadhan.ramadhan al-mubarak datang lagi.....adakah mungkin amal yg akan dilakukan lebih dr thn2 yg lepas?Untuk diri sendiri.....dalam umur yg semakin -makin bertambah...semangat utk melebihkan amal tu...mmg ada.Moga Allah swt...mempermudahkan,amin!
mungkin kita dpt berkongsi ilmu.....biasanya bila tiba bulan rejab,kita akan lebihkan amal.Rejab itu sendirinya membawa maksud rahmat,pemurah,kebajikkan.Oleh kerana keagungan,kebesaran dan kemuliaan bulan rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya,kemurahanNya dan kebajikkanNya terhadap hamba2Nya yg beriman dan beramal soleh pada bulan ini,yg berpuasa pd siangnya dan beribadah pd mlmnya.Istimewanya bulan ini dinamakan bulan ALLAH.
Oleh kerana bulan rejab telah berlalu.....kita masih ada peluang utk melebihkan amal dlm bulan syaaban,yg masih berbaki harinya....
-barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pd bulan syaaban dan akhir khamis dimasukkan dia ke dlm syurga(al-hadis,dari kitab al-barokah)
-Sabda Nabi S.A.W...Syaaban adalah bulanku dan ramadhan adalah bulan umatku.Syaaban ialah mengkifartkan(menghapuskan)dosa dan ramadhan ialah menyucikan dosa(jasmani rohani)


Melakukan amal biarlah mengikut kemampuan masing2 jgn pula samapai ditingglkan semua,insyaallah.Lebihan sisa hidup kita yg masih tinggal ini mungkin hampir kepenghujungnya....siapa yg tahu!Rebutlah amal sebanyak2 yg boleh.Bertaubatlah kepada dosa2,moga ada bekalan menghadapai akhirat....semoga kita sentiasa dlm keredhoananya....amin!

Selasa, 19 Julai 2011

New weather experience - YoWindow!

New weather experience - YoWindow!

....konvoi umah sedara....


Para 'bos'menanti ketibaan ahli 'konvoi'yg tercicir....
Sementara itu para'ibu' sempat berposing!
cup cake yg disediakan sgt cute......kanak2 mmg suka.
anak2 dah boring menanti....ahli konvoi yg tercicir!
lama dah tak jumpa.......
Ini dekat Yayasan Restu....tgok pameran......maaf foto dah bercampur aduk!!!
Iman Danish.....

bergambar sebelum masuk ke ruang pameran

ala2 Gua Hira...gerbang utk masuk ke ruang pameran.....sayangnya tak dibenarkan mengambil foto kat dalam....
eh!dah brpa lama kita tak jumpa yer?
menanti ahli konvoi yg belum sampai....
anak n anak menakan(anak saudara)
nenek pengantin n tok nab!
pengantin n makcik2nyer....
sementara menanti ahli...yg solat...
perbincangan tanpa meja....hala tuju selepas ke rumah kenduri.....
perbandingan 'gigi'siapa lebih putih???hahaha!

chik lah n anak saudara...nurul!

singgahan terahkir utk pertemuan kali ini....Bukit Jelutong

ilyas adam!
Semalam kami bersama 4 buah kereta 'berkonvoi'ke umah sedara di Shah Alam....ada kenduri kahwin.Mereka ni adalah sedara sebelah arwah bapa.Ramai antaranya dah saling tidak kenal.Kebanyakkan adik beradiknya tinggal di sebelah Pulau Pinang dan serata Malaysia.
Selepas menghadirkan diri ke kenduri tu....kami ke Yayasan Restu utk solat zuhur.Kebetulan ada Pameran Pedang Rasulullah saw.Ada berbagai macam bentuk replika pedang yg digunakan Rasulullah saw n para sahabatnya.Betapa hebatnya senjata2 yg digunakan utk menegakkan agama...terasa gerun! Ada juga replika tapak kaki n capal beliau.Berbagai mushaf al-quran juga dipamerkan.Tulisan khat dari berbagai negara.....
Paling terasa sayu dihati bila melihat replika 'kediaman'Rasulullah saw.Dalam kediaman yg serba daif(pada pandangan aku....)sebak!sbbnya...Manusia yg paling-paling mulia disisi Allah swt..yg tlh dijanjikan syurga buatnya..hidup daif dimata manusia.Padahal kita yg belum tentu' tempatnya',asyik lalai berlumba2 menambahkan harta..,nauzubillah!
Hampir 2 jam kat sana.....kami ke Bukit Jelutong....ada lagi rumah sedara yg lama kami tak kunjungi.Selesai solat asar...ada pulak perlawanan bolasepak antara Malaysia n Liverpool.Hanya para'lelaki' yg menonton...kerana para'wanitanya'duduk disatu sudut yg 'cantik'pemandangannya menikmati 'minuman petang sambil borak2Hampir 2jam kat situ,.selepas malaysia dikalahkan liverpool dgn jaringan 3 - 6....kami semua pon balik...tambahan pulak mlm nisfu syaaban!......cukup keletihan!.....sekali sekala seronok juga!!!

Isnin, 18 Julai 2011

oh!durian.....

.
.....my favourite fruite!
yg kuning ....lemak manis melekat!
yg putih ni durian kamapung.....
Inilah buah yg paling aku suka.Rasanya mcm tak pernah jemu bila memakannya.Dapat pula 'partner'yg mmg hantu durian...apalagi!Dalam ramai2 anak aku,hanya imran n iman jer yg suka durian.
Kalau dulu,masa aku kecik2....kalu beli durian ikut musim.Dah tu bukan semua org dpt beli 'raja buah'ni.Dapat pula isinya yg mcm 'kucing tidoq',huh!mmg sempoi.Skrg ni dah tidak kira musim,bila2 pun ada dijual terutama kat Salak Tinggi,Sepang ni....n sape2 pon dah mampu beli 'raja buah' ini.Kalau nak lebih sedap.....
...Ada nasi putih,tuangkan sedikit air masak,letakkan gula dlm satu satu camca,secubit garam,paih tu ngan 2@3 ulas durian.....fuh!sedaaaapnyer!terangkat!
Tetapi my hubby....lebih suka mkn mcm tu jer @ buatkan 'pengat durian' @ bubur durian paih tu makan ngan pulutSedap juga....paih naik segala 'kencing manis'takpun 'darah tinggi'....huhuhu!
Alhamdulillah.....aku masih mampu habis 7@8 ulas durian.Kalau yg ada 'darah tinggi'tu,tak perlu cuba2 sebab durian ni panas n cepat 'tangkap kepala'(pening!)Kalau nak cuba juga...bykkan minum air n basahkan kepala...insyaallah reda ler sikit 'kepanasan'itu.
Seingat aku,ada sekali tu aku mengandung,time tu pula durian tgh melambak merata2 org jual.Aduh!tak tertahan godaannya.....paih tu.....'tak cukup jarum' bila naik atas penimbang.Kandungan gula pun'hijau'...dah kena bising ngan doktor.Apa pun berpada2 bila 'terjumpa'durian!Bila2 pun bole 'durian'!!!!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT