Rabu, 28 September 2011

....cerita biase....

...dah beberapa hari tak menghadap blog,rindunya.Sebenarnya tiap hari juga membelek blog cuma tiada kesempatan utk menghantar cite2 terkini.Daripada jumaat lepas sibuk sangat.Ada keluarga abang dari johor datang.Bila ada tetamu mestilah nak kena layan,nak kena itu dan ini tambahan pulak ada baby....dah tentu tak menang tangan.Seronok juga sesekali berhimpun....apapun umah ni tak pernah sunyi dr yg bertandang.Tetamu datang membawa seribu rahmat.....
Semuanya bergerak ke rumah sedara yg lain pulak selepas makan tengahari.Malam tu..selepas solat maghrib ayahanya bawa kami satu famili ronda2 sunway piramid n i-city.Saje....ambil angin malam.Makan roti nan n ayam tandoori di Shah's restoran kat sunway piramid pastu terus ke i-city.Wah!cantiknya.Bergemerlapan lampu yg berwarna warni menghiasi bentuk pokok2,binatang2 n mcm2 lagi.Tak terlarat nak berjalan.....Org begitu ramai mcm ada pesta....makin mlm makin ramai.Kat situ ada juga umah salji..tapi nak masuk kena bayaran rm30 seorg...dgn 'tentera'yg ramai ni...nanti ajelah!Sayangnya aku nak upload foto kat i-city ni tak boleh2, tak tahu knpa?Kalu ada yg nak lihat foto2 aku n my famili kat i-city,bole ler gi kat fb aku.
Hari ahadnya pulak ada kenduri kahwin kat Kajang....pastu turun KL jap.Sampai umah dah pukul 6ptg.Semua dah keletihan....siapkan brg2 ,esok nak ke sekolah.Ayahnya pula,malam tu dah start kerja!kerja!
Hari isnin...keletihan!hari selasa...kurang sikit keletihan!hari ini ...rabu,dah kurang keletihan....baru nak menghadap blog!
tetiba...hanya foto iqbal jer yg bole diupload!
ops!sebelum terlupa.....semalam hari rabu...iman danish,rakan2 n cikgu ,pergi lawatan ke TUDM,kilang roti HIGH 5 n kilang coklat.Bertolak dari sekolah pukul 7.45pagi dan pulang semula ke sekolah pukul 4 ptg.Keseronokan itu tergambar pd wajah anak2 ini.Seronoknyaaaaa.....kata iman!Pulangnya iman membawa coklat,roti buku high 5 n roti berperisa.Terima kasih cikgu2 yg menjaga n membawa anak2 ini ...sambil belajar.Foto iman bersiap nak gi lawatan pon bole dilihat kat fb iman geng.

...ingatan buat yg bernama LELAKI!!!


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!

Rabu, 21 September 2011

cite....anak2 lag!

Sudah hampir 3 hari...kalau tak pagi hujan,petang pasti hujan dan adakalanya membawa ke malam,alhamdulillah.....sejuk sikit.Tambahan pulak cuaca katsini hampir ngan kawasan Nilai yg index kiraan jerebu agak tidak sihat.So bila hujan...ia satu rahmatNya.
Cerita psal anak2......setelah habis UPSR,anak2 sekarang sibuk ngan pemilihan utk sukan akhir thn.Iqbal,terpilih utk acara lompat jauh n imran pulak akan mempersembahkan senamrobik.Ikhwan.....tak terpilih utk apa2 mewakili rumah hijaunya.Biarlah 'slow'sikit sbb dia akan menghadapi UPKK.
Diatas ini ialah lukisan muhammad iman danish 5thn 9bln.Kata iman 'itu ibu n adam'.

 Lukisan ini pula,iman dan ayah....cantik tak?mestilah cantik..... tapi.kalau rajin berlatih pasti lebih cantik!

 Haaaa...ini pula jadual peperiksaan UPKK(ujian penilaian kelas kafa)yg akan dihadapi ikhwan.Dengan beberapa hari lagi.....moga tidak mensia-sia kan waktu.
Dan.....inilah aksi terbaru iman danish!

Selasa, 20 September 2011

renungan....terutama utk diri n anak2

[malay] + Aku mengamati semua SAHABAT, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga LIDAH.. Aku memikirkan tentang semua PAKAIAN, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada TAKWA.. Aku merenungkan tentang segala jenis AMAL BAIK, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi NASIHAT BAIK.. Aku mencari segala bentuk REZEKI, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada SABAR... ^_^.

Isnin, 19 September 2011

````gelagat sikecil adam!

 hari ini baby ibu muhammad ilyas adam,dah 1thn 5bulab 3hari.....
 jalan pon dah semakin laju....
 adam!aaaadam!mna anak ibu nie......?
 haaaaa...kat dlm rak buku?
 hihihi!cini ler....ibu!tiap hari ada jer gelagat adam.Tiap hari juga ada jer benda yg dibelajarnya.Kalau sebelum makan disuruh bacakan doa...so skrg kalu nampak jer aku bawakan makanan,belum sempat aku nak duduk...adam akan sapu kedua tgnnya ke muka sambil....minnnn(amin).

Ahad, 18 September 2011

.......rutin hujung minggu kesukaan anak2

iman danish ngan pelampung katak...seronoknya dpt berendam!
ilyas adam n abg irham....
coba-coba belajar berenang...
bergilir2 abg menjaga baby adam...
time utk mengisi perut....
anak2 n kawan2....
iqbal dah bole menyelam....
abg ikhwan n iman melayan baby adam...

dah sudah main air...time nak main kat tmn permainan pulak!


aktiviti ini dah terhenti sepanjang bulan ramadhan.....so anak2 mmg suka sgt dgn berendam,berenang dll dlm air ni.Kalau tak gi mana2,mmg inilah tempat,yg dituju.Kebetulan ayahnya main badminton ngan rakan2 Limonya tiap minggu disini...tu yg ikut sekali.Paih berenang dpt pula main kat tmn permainan @ main futsal.
Selepas habis aktiviti kat  Pusat Komuditi,Cyberjaya...terus pulang,mandi n solat,Paih tu ada 'Rumah Terbuka'anjuran Persatuan Penduduk Taman Seroja,majlis perbandaran sepang,sek keb tmn seroja dan byk lagi.....hahaha!dah terlepas nak masak tengahari.....

Jumaat, 16 September 2011

MERDEKA,BERAYA,BERSYUKUR......

Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan,hari satu Malaysia.Sudah 54 tahun kita merdeka.Dibandingkan sebelum merdeka....kita patut bersyukur atas nikmat yg dikurniaNya.Saya merasa amat bangga n bersyukur di lahirkan di bumi bertuah ini.Dengan izinNya.....kita mampu bebas (dlm keaadaan terkawal)melakukan apa jua aktiviti tanpa rasa takut dan tiada perasaan tertekan.....


So...hari ini cuti umum......tapi ayahnya masih bekerja.No work no money.....!!!
Hari ini ramai kawan anak2 n sedara yg wat umah terbuka...'open house'.Sebulan berpuasa...maka sebulanlah beraya...hahaha!Itulah yg menjadi konsep kat SINI.....Tak semua dpt pergi...hanya yg dekat tmn ni jer.....
Lepas solat jumaat tadi....rakan kerja ayahnya kat Desa Vista wat open house.....so gi sekejap ngan ayahnya n angkatan tentera(anank2!...seramai 6 org).Huh!makanannya...memang best.Macam kenduri kahwin...sipa pasang khemah.Terima kasih tuan umah!!!
Anak2 pula seronok gi beraya umah kawan2 yg buat open house n dpt duit raya....
Selepas maghrib pun ada satu lagi jemputan beraya....tapi gi ngan angkatan tentera jer sbb ayahnya'pulun'trip'(pemandu limo KLIA)
Alhamdulillah........syukur pd nikmatnya.Walau ada kekurangan dari satu segi...Allah beri nikmat pula pada sudut yg lain pula....jgnlah kita menjadi insan yg tamak dan tidak tahu bersyukur....waallah..

Khamis, 15 September 2011

keratan dari  suratkhabar metro 15hb.sept.2012

Suratkhabar metro ruangan RAP,mukasurat R2....melaporkan kematian anak kepada penyanyi n pelakon Safura.Anak ini berusia 3 thn merupakan anak pertama bersama suaminya yg kedua juga merupakan pelakon sharonizam.Puncanya kerana demam panas.
Melihat foto Safura yg dlm kesedihan,sambil memerhati brg kesayangan anak beliau.....aku tak dapat bayangkan kalau ini terjadi pada diri aku.
Kuatkah aku menghadapi situasi ini?
Mampukah aku menanggung rindu?
Bolehkah aku terima kenyataan?


Aku pernah kehilangan seorang anak yg ku kandung 9 bulan.Beliau di beri nama muhammad firdaus bin mohd shahbudin.Selepas aku melahirkan beliau,beliau terus di bawa ke NICU.Bukan setakat nak pegang...nak tengok n beri susu pun tak sempat.Aku lahirkan beliau pd 29 hb.julai 1998 pukul 1 pagi.Oleh kerana lama menanggung sakit...badan aku menjadi lemah.Sepanjang malam aku terlena.Esoknya ...aku masih tidak  di beri izin oleh doktor utk melihatnya .Naluri keibuan ini terus mendesak n merayu agar doktor memberi keizinan utk pergi melihat anak ini.Sampai disana ...aku tergamam!Sayunya melihat anak ini tanpa seurat benang dibaringkan diatas sebuah katil khas yg dipenuhi wayar.Air mata yg turun spt disuruh2.Hilang kekuatan pada masa itu....bila ku sentuh n diusap2 badanya...sedikit reaksi pun tiada.Jauh ayahnya menarik aku pergi atas arahan doktor.Kata doktor......'anda berdua mesti sabar...kami telah buat sebaik mungkin.Dengupan jantungnya telah dua kali terhenti.Apa2 kemungkinan akan berlaku,'pujuk doktor berbangsa india.Lebih baik anda berdua pulang dulu....kalau masih disitu...aku menangis tak berhenti,takut aku pula yg 'meroyan'
Asar.....ada panggilan dari Hospital Besar Kuala Lumpur,ayahnya yg menjawab panaggilan tersebut.Bila diletak ganggang telefon...direnungnya aku.Aku....terus menangis spt faham atas renungan itu,spt sudah maklum....anak ini akan menantiku di pintu syurga!
Semalaman jenazahnya ada di rumah....sepanjang masa itu juga aku duduk n tidur disebelah arwah anakku Firdaus bergilir2 ngan ayahnya.
Keesokkan...sewaktu di mandikan.....wajahnya sungguh bersih n suci.Dipangkuan nenek....spt bayi yg tidur lena.Ayahnya sendiri yg mendukung jenazah utk di kebumikan....
Walaupun hanya 14 jam bernafas di dunia ini n telah hampir 13 thn berlalu.....kenangan ini masih segar diingatan.Masih terbayang2 takkala buat 'check-up'......dlm monitor scan,'budak ni aktif sungguh!'....itulah dinamakan takdir...apapun aku tabah n redho atas segala ketentuanNya.SesungguhNya ALLLAH itu lebih mengetahui segalanya.


Buat Safura n famili....yg memeluk,membelai,melayan kerenah arwah sikecil ini,...sabarlah n redho.Pastinya.....beliau pergi tanpa membawa dosa n menanti kalian dipintu syurga...al-fatihah

Rabu, 14 September 2011

SELAMAT MENJALANI.....UPSR.


Buat anakku Muhammad Iqbal bin Mohd Shahbudin,dan anak2 yg menghadapi peperiksaan upsr 2011....ibu doakan semoga anda semua cemerlang,insyaallah.


13 hb. - pemahaman Bahasa Malaysia & kertas 2 maths
14 hb. - maths kertas 1
15 hb. - Bahasa Inggeris,sains N ujian aptitud


3 HB.OKT,Ikhwan pula akan menghadapi peperiksaan UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA(UPKK)
-OKT-PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN,utk  semua anak2 sesi persekolahan 2011.


setelah hampir 10bln bertungkus  lumus mengulangkaji n belajar,inilah masanya melihat ...hasinya.Kalau rajin barusha semestinya cemerlang hasilnya....kalau tidak....sendiri mau ingatkan diri!


Apapun doa ibu sentiasa mengiringi....kejayaan dunia dan  akhirat anak2 ibu,amin.

Isnin, 12 September 2011

wwww-KONVOI BERAYA 2011-wwww

Hari jumaat......pagi2 lagi dah hantar anak2 ke sekolah.Oh!kena jumpa guru pra-sekolah iman utk langsai bayaran rombomgan hujung  tahun.Rombongan itu akan membuat lawatan ke TUDM,kilang coklat n kilang roti High 5.Pada mulanya,mmg tak nak kasi iman pergi sbbnya.....bayaran rm45 n iman tu masih kecik!....9/9/2011....tak dpt teruskan...adam dah merenget nak'nen'.
11.15pm...semua anak2 dah tidur....esok anakku iqbal...akan menjalani peperiksaan UPSR.Semoga iqbal dan calon2 yg lain pon dpt buat yg terbaik!
Bermula dari 9/9 - 11/9...ayahnya cuti...apalagi 'beraya'sakan ler....iqbal pon dpt juga release tension!Hari jumaat....ayahnya di beri peluang utk 'membalas dendam'Dendam...TIDOR!!!!Lepas solat jumaat sampaiiiiiii6.45ptg,baru bangun!Itupun bergilir2 anak2nya menggerakkan ayahnya solat asar...
Start sabtu....giliran ibu n anak2ny pula membalas dendam...sbb ini baru nak gi beraya.Masa 1syawal aritu...ptg dah balik umah sendiri sbb 2syawal ayahnya dah bekrja.
11.30pagi my famili n sepupu(SATU FAMILI JUGAK!!!)bertolak dari sepang ke yayasan restu,shah alam,keana ada jemputan kenduri kahwin...seppupu sepapat!Puas makan,puas sembang...paih solat zohor,kami semua ke klang pulak!Kat san ada jemputan kenduri akikahkan anak.Makan lagi....kambing pulak tu!!!huh!sesangat enaknya!
Ada satu lagi undangan perkahwinan kat kg.tanjung,nilai yg tak terdaya nk sampai...harap maaf!Itu teman ayahnya....sama2 pemandu limo airport.Selamat Pengantin Baru.....moga kekal bahagia hingga ke nafas terahkir....amin!!!
Hari ahad.......first destination...Puncak Alam.....jauhnyer....Beraya di 2 buah rumah...satu umah teman sepupu n satu lagi umah makcik sepupu sebelah arwah ayahnya.Turun ke....SG.TUA,sELAYANG,itu umah makcik aku(adik kpd arwah mak aku).Dah hampir 3thn aku tak bertndang ke umah beliau.Last jumpa...akhir bulan nov2010 kat penang sbb ank sedara aku kenduri kahwin.....nnt samb.lagi...dah pedih mata!ngantuk!!!!!


....samb,
bestnyer....sepupu aku,linda...buatkan 'spagetti'.Tq...linda!Paih solat maghrib,kami semua ke Puchong.Gi beraya umah adik ipar aku,md noor n ida isterinya.Walaupun terpaksa memanjat anak tangga utk sampai ke tingkat 3....tak pe...hanya setahun sekali!Wah!hebatnya ....ada mee kari,mee bandung n nasi impit bersama rendang.Makan!makan! n makan!.....esok  anak2 nak sekolah n lain2 tu nak kerja...so tak bole duduk lama2.Tq ida!melayan tetamu terakhir!....Sampai kat umah dah hampir 10.00mlm.Mandi2,solat isyak....p0aih tu semua dah 'terbongkang'kepenatan...sayang seribu kali sayang,semua foto2 yg diambil sepanjang 'konvoi raya' ini tak dpt di upload krn ada tgn yg 'gatai' telah 'terdelete'semua foto2 tersebut.Puan 'blog' ini amatlah marah krn bukti sejarah telah hilang......apapun itulah takdir!...itulah anak2 punye kerja!!!!!huhuhu!

Khamis, 8 September 2011

AKSI ILYAS ADAM 1THN 5BULAN



....mengorek hidung!Lagi dilarang,lagi dalam dikoreknya.Pastu ...saja jer dibiarkan jarinya kat dlm hidung.Konon2nya nak wat lawak.....pastu gelak!Pandai anak ibu.....pandai wat lawak!



Di pagi raya org makan kuih....adam sibuk tak nak lepaskan berus gigi yg diambil dari bilik air atuk.Dahhhhh.... berebut berus gigi ngan atuk.hahaha!









pusing punye pusing...mencari posisi yg sesuai utk berdiri.....huh!
 berusha....ayuh!ayuh!...

akhirnya....setelah hampir 5hari..cuba n terus mencuba..baby adam dah bole melangkah 6@7 tapak...alhamdulillah.Pasni....teruklah ibu nak mengejar.....tp takpa,mana tau  dlm mengejar adam...ibu bole 'kuruih'cikit.hahaha!

Ahad, 4 September 2011

demi cintakan negara......


KARPAL DAN MAT SABU

by Dr. Mahathir bin Mohamad on Sunday, September 4, 2011 at 7:31pm
1. Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik.

2. Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.

3. Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.
4. Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.

5. Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.

6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.

7. Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.

8. Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.

9. Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.

10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.

11. Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.
 ·  · Share

Sabtu, 3 September 2011

macam-macam.....
DI HARI RAYA n DI HARI KEMERDEKAAN......
 masih mampu tersenyum.......
 hadiah hari raya...
 my heroes....irham,iqbal,ikhwan,imran,iman n ilyas adam
 ayahnya n 2org adiknya bersama anak masing2.
 anak2 pak ngah....izat,nurain,mardhiah n sajidah
 ayahnya n his mother...
menjamu selera.....sikecik adam yg paling sibuk!

anak2 paksu....akhbar n arif


...dah hampir seminggu tak mengadap blog...oooo....rindunya!..3hari sebelum hari raya,aku n anak2 dah pulang ke  rumah 'ibu mertuaku'.Ayahnya pula masih kerja dan akan turut ke sana lepas kerja.So...terpaksalah aku yg drive kereta dari sepang ke gombak.
Setelah habis 'packing' dan pastikan semua elektrik dah di off kan kecuali peti sejuk,air dah ditutup pd 'main'nya dan kepala gas juga dah di cabut dari tong gas,kami anak beranak pun bertolak dari rumah  lebih kurang pukul 11.30pagi.
Hampir pukul 1 tgh...alhamdulillah,kami selamat sampai ke gombak.Sepanjang perjalanan,kami hanya singgah utk isi minyak kereta.Adam pun lena tidur atas riba abang iqbal.
Anak2 bila dah sampai umah atuknya mmg byk aktivitinya.Hari kedua ....diorang pakat pergi memancing.Punyalah lama.....seekor ikan pon tak dpt.Apapun mereka mmg seronok.Hari ketiga....dah pakat sibuk nak belajar bawa motor....punya dok jaga n kawal anak.....aku tak tahu pun anak aku yg sulung..irham ,rupanya dah bole bawa motor!
Tersengih2 dapat bawa motor Pak ngahnya.Aku jenguk juga masa dok bawa kat depan umah ni.Ayahnya dah pesan,kalau nak berlatih bawa motor hanya kat depan umah.Malang tak berbau.....entah mcmmna bole juga tumbang.Pecah cermin motor...siku pun luka.Tak kena tak rasa....dah kena baru serik.Serik????Harap2 kejadian ini akan memberi peringatan!Alhamdulillah...tak ada yg teruk!
Selepas solat hari raya....kami semua ziarah kubur atuk lelaki kat sg.pusu,gombak.Selepas bacaan yasin,irham bacakan doa tahlil.Ayahnya dah 'paskan'tanggungjawab baca doa pd irham.....cuma nak melatihkan agar tak kekok bila disuruh....mungkin juga utk 'kami'bila dah tiada!
Pastu pergi beraya di umah sedara mara yg ada disekeliling umah 'ibu mertuaku'.Ramai juga yg dtg bertandang....
Lepas asar,kami sekeluarga dah balik umah di sepang.....boringnya!Kat perumahan ni...semua org balik kg.Sunyinyer...jalan!.....yg ada hanya org bangla n indonesia.
Anak2 nak beraya umah kekawan pon tak bole sbb ramai yg belum pulang.Kesian........
Yang lucunya......habis kuih raya dikerjakan anak2!Dah tak tahu nak kemana...tak tahu nak wat ape....aku tgok2 semua kuih raya utk tetamu dah tinggal suku.Ayahhhhh......beli lagi!
Mungkin tahun depan kalu ada rezeki lebih...bolehlah balik Penang!Apa2 yg ada pun....syukur alhamdulillah.
Juga tak dilupakan...salam kemerdekaan!Semangat patriotik mmg ada.....tiap thn ...yg pastinya akan mengibarkan bendera'jalur gemilang'.







Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT