Jumaat, 26 Ogos 2011

titipan diakhir ramadhan.....

Semalam...hari khamis,kami sekeluarga mendapat rezeki yg tidak disangka2.Alhamdulillah...syukur!Pagi2 lagi...ada saudara yg menumpangkan dua org anaknya utk pulang dari sekolah telah memberikan aku 'saguhati'.Sepanjang 1thn1/2,aku tumpangkan mereka kerana mereka juga melalui laluan pulang yg sama ke rumah .Sebenarnya aku tidak pernah mengharapkan apa2....tapi itulah rezeki yg Allah swt berikan tanpa disangka2.Tghari itu juga selepas anak2 pulang dari sekolah...terus 'shopping'baju raya anak2.Seronoknya...mereka!
My hubby pula,disaat2 akhir ramadhan ini mendapat projek pasang carpet.Syukur...alhamdulillah!
Anak2 pula pulang dari sekolah dengan hadiah masing2.Iqbal mendapat duit raya rm6 utk majlis khatam al-quran,ikhwan pula ...kelasnya menang tempat pertama utk 'qalam jamae'(...mcm choral speaking tp dlm bahasa arab)...dpatlah fail dan peralatan penulisan.Pertandingan membaca khutbah pula ikhwan mendapat tempat kedua.
Imran juga mendapat hadiah utk tempat pertama pertandingan hafazan.Iman pun tak kurang hebatnya kerana mendapat duit raya rm 10 bersama 'satu bekas'almond london dari kelas pra-sekolahnya....alhamdulillah.
Dua hari yg lepas...ibu mertuaku dah 'call'aku supaya pulang awal bersama anak2.Katanya...boleh buat kuih raya bersama2.Seronok tu...tapi aku bukanlah pandai sangat,bab2 kuih ni...Anak2 apalagi..dah tak sabar2 nak balik kampung....
Dengan ini...mugkin 4@5hari,aku kan cuti'berblog'...windunyer......!!!hahaha!
 ini ikhwan n rakan kelasnya dlm pertandingan khutbah.ikhwan mendpt tempat kedua,manakala rakannya ini mendapat tempat pertama.tahniah!
 ...bergaya!iqbal utk ke majlis khatam al-quran.
 cikgu bagi duit raya sepuluh hinggit!yeah!
imran dengan hadiah tempat pertama hafazan,tahniah!


buat insan2 yg bertamu diblog ini......mohon maaf zahir dan batin.....selamat menyambut aidilfitri...bertemu lagi...andai  dipanjangkan umur.

Selasa, 23 Ogos 2011

...RaMaDhAn...kian meninggalkan kita


pantas sungguh masa berlalu...tup!tup! dah 24ramadhan.sedih sangat...sebab aku rasa 'amalan'yg dilakukan sepanjang ramadhan ini terlalu sedikit...dan adakah akan aku bertemu lagi ramadhan yg akan dtg?moga yg sedikit dan serba kekurangan ini diterimaNya.Apapun aku sedaya upaya sentiasa cuba memperbaiki diri yg serba daif .....kekadang tu...bila dlam mencari'ilmu'... lebih byk dicari...terasa lebih byk yg tidak tahu!betapa luasnya 'ilmu'....terasa malu dengan diri sendiri.Moga Allah swt,mempermudahan segala urusan dalam kehidupanku ini dan jgn Dia memutuskan hidayah buat aku dan keturunanku.....Dengan berbakinya ramadhan sebelum ia mengundurkan diri....izinkan aku 'melebihkan'amal dlm mencari keredhaanMu.....amin!



Isnin, 22 Ogos 2011

TaZkIrAh RaMaDhAn

Sehelai rambut wanita yang di lihat oleh LELAKI BUKAN MAHRAM dengan sengaja = balasannya 70,000 tahun dalam neraka,
sehari akhirat = 1000 tahun di dunia,
seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 2 orang lelaki,
1 - ayah kandung
...2 - adik beradik lelaki
......3 - suami
4 - anak lelaki kandung
SANGAT DAHSYAT HUKUMAN ALLAH MENGENAI TUNTUTAN MENUTUP AURAT.

P/s: buat kaum wanita, bantulah suami/ayah/abang mu dari azab neraka ALLAH YANG AMAT DASYAT ..

Sabtu, 20 Ogos 2011

dugaan ramadhan...perit tetap bersyukur

Ramadhan semakin hampir ke penghujung...harapan utk melebihkan 'amalan'dhuha n tahajjud terbantut dgn kehadiran 'cuti'seorg diwanita!
Apa2 persediaan pun belum dilakukan...utk menyambut ketibaan syawal!
Semalam kereta limo ayahnya dilanggar dari belakang.Katanya utk mengelakkan kon yg diletak oleh pemasang bendera ditepi jln...Jarak kon ngan 'pemasang'bendera terlalu hampir,menyebabkan kenderaan diperlahan ngan mendadak.Apalagi...kereta blkg ayahnya juga perlahan ngan mendadak n turut dilanggar dari blkg.So..3 kereta sekali kena hentam!Mujur tiada kecederaan.Kereta ayahnya juga seperti hanya di'cuit'....tapi....bila nak buka 'bonet'sesudah sampai airport,bag 'penumpang'tak dapt diletakkan.Aduh!disaat2 'genting'ni...'fulus'lagi!!!!
Nasib baik ler gi kat 'pomen'melayu.....kena rm50 aje,alhamdulillah.
Hujung bln ni...cukai pintu rm 560...insuran kebakaran bangunan rm700...kereta,elektrk,air.....aduh!
Itu belum bab baju raya,kasut raya..utk anak2 yg seramai 6 org!Biasanye waktu ni lah baru nak beli benda yg baru wat anak2,kalu tidak...pakai jer apa yg ada.Kalau boleh baju n kasut biasanya dipakai 'turun temurun'.Kalau masih ada yg elok abangnya dah tak bolh @ muat,akan diberi pda adik2.
'Trip' limo pon agak slow sbb tak ada pelancong 'islam'(...selalunya pak arab)yg dtg.Jadilah 'pak pacak'kat airport tu...kesian ayahnya.Kesian my hubby!Aku pula sekarang ni...tak wat ape2,kerja pun tidak,niaga pon tak ade modal!!!
So...raya ni,ala kadar jer.Alhamdulillah dgn apa yg ada!
Sehari sebelum raya mungkin hanya balik umah'ibu mertuaku'kat Gombak...Nak balik Penang....-+minyak ,tol..... mmmmm,tak pelah ,ada rezeki lebih pasti sampai jua suatu hari nnt...ah!!sedihnyer!!
Yang pastinya...anak2 dah tak sabar ngan syawal!...seronok nak kutip 'duit raya'n jumpa atok serta sepupu,'kupu-kupu' mereka...hahaha!
"Baju n kasut raya...ayah belum bagi duit utk belikan",...."ala...takpelah ibu!pakai jer ape yg ada....".Bertambahlah sayunyer...bila anak redho ngan keadaan.
Walaubagaimanapon.....syukur anak2 yg'besar'takade yg ponteng puasa,malah solat terawih juga belum ponteng.+++solat tahajjud 3@4mlm n habiskan satu juzuk al-quran(...tak byk tp ibu ttp bersyukur).
Wahai anak2 ibu.....
Moga kita menyambut kedatangan syawal dgn kemenangan beramal dlm bulan ramadhan,insyaallah!
'n' moga apa jua amalan yg kita lakukan diterimaNya,amin!

...al-waqeah ayat 7-15


Tafsir surah al-Waqeah ayat 7-15:
 puak pihak kanan itu? [9] Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? [10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan m"[7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); [8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan
endahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); [11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), [12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. [13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. [15] (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata."

Mengikut ulama tafsir; sebilangan kecil dr orang yg datang kemudian itu ialah drp kalangan umat Nabi Muhammad. Menurut ulama juga, umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yg paling ramai drp sekelian umat para nabi lainnya. Jika hanya sebahagian kecil diterima menjadi penghuni syurga, apakah kita tergolong dlm kelompok yg kecil tersebut? Ya Allah! Ampunkan segala dosa2 kami yg lalu. Kami hamba yg hina tidak layak utk syurga-Mu tapi kami juga amat takut dgn siksa neraka-Mu. Terimalah taubat hamba-Mu yg lemah lagi hina ini Ya Allah! Astagfirullahal 'azim! Astagfirullahal 'azim! Astagfirullahal 'azim!

Khamis, 18 Ogos 2011

MALAM 17 RAMADHAN......

Ayahnya tidak pulang,kerana kerja.
Aku pula semalaman tak tidur,kerana tetiba adam demam panas.Kesian baby ilyas adam,'campak'pun belum habis tetiba kena demam pula.Serba tak kena...jap nak tidur kat tilam,jap nak 'berbuai'....layannnn!
Aku letakkan ais didlm kain n aku 'tuam'kan kat kepala,perut n bawah ketiak utk sejukkan kembali suhu badannya.Alhmdulillah,menyusu ok....sekejap2 aku bagi 'baby'minum air masak.Laju jer dia minum....agaknya 'panas'itu buatkan dia dahaga....
Aku yg tidak dpt tidur lena,tidak dapt 'bergerak' n tak dpt nak wat 'tahajjud'.....sambil2 tu,tengok 'solat tarawih'dari mekah.Syahdunya bacaan al-quran dlm solat tersebut sampai menitis air mata imam n makmum (...apabila faham maksud ayat2 bacaan...subhanaallah...hebat bagi aku yg serba daif ini!!)
Irham n Iqbal pula ,gi wat 'qiamulaill'kat surau....
5.00pagi ,kami bersahur bersama2...aku???aku....sambil makan meriba adam!kat org lain taknak!!!!!
Alhamdulillah.....paih solat subuh...'panas'adam agak reda....Selepas kali ke-3 memberi makan ubat demam.Dan dengan izinNya juga.....adam sihat hari ini.
Dah boleh goyang2kan badan bila dengar lagu...dah boleh mengejar2 bola....dah boleh berebut2 mainan ngan abang iman....alhamdulillah!
Hari ini pula cuti utk'nuzul quran'...apalagi.....pakat 'bantai' tidoq sampai kul 10pagi,hahaha!(balas dendam sbb semlm tak dpt tidur lena....)

Isnin, 15 Ogos 2011

kongsi pengetahuan.....



JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"


بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

kongsi pengetahuan.....


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

my heroes dlm ramadhan....

Keletihan puasa....Inilah rupa anakku Muhammad Iqbal yg baru pulang dari kelas tambahan.Biasanya iqbal akan pulang dari sekolah 2.30ptg setelah habis kelas tambahan UPSR.Lepas mandi n solat...terus 'landing'.
Tambahan skrg ni,jadual sekolah lebih padat utk menghadapi UPSR.Boleh dikatakan hampir setiap minggu,isnin n selasa diadakan pra-UPSR.Esok pula akan bermula ujian bulanan2 utk pelajar thn 1- thn 6.....moga semua sukses!
Irham,Iqbal,Ikhwan...belum ponteng puasa,imran pula dah 3 hari ponteng.Itupun disebabkan demam campak.Hari ini pun 'campak'masih ada...tapi tetap berpuasa.Kata imran.....gatal n sakit pada biji2 campak.Alhamdulillah....baby ilyas adam ,okey jer...takdelah nak merenget2.
....sekejap jer dah 15 ramadhan...moga anak2ku tabah menghdapi ujianNya.Sunat tarawih pun belum ponteng lagi....tiap malam mereka akan buat 8 rakaat.....paih tu main jap.
Aku takdelah nak melarang mereka main,lepas solat.Asalkan tidak menggangu org yg sedang bersolat.Inikan lumrah 'budak2'...kalau dilarang sangat pun....takut lain pula jadinya.Sekurang2nya ,mereka ikhlas memberitahu lepas solat...mereka gi main jap ngan kawan2.Biasanya main bunga api @kejar2....paih tu pergi balik surau utk makan 'more'.....Indahnya zaman kanak2....sambil tu kena'pantau2'juga.Dalam 3 beradik yg pergi surau tu....kalu ada yg tak 'kena',mesti salah seotg akan buat'report'.Walaupun 'sekepala'...tapi kekadang tak 'sebulu'......

Ahad, 14 Ogos 2011

3 sekali...kena 'campak'

2 minggu lepas...iman telah mendapat demam campak,alhamdulillah nampaknya telah sembuh,cuma ada baki2 yg belum hilanag.
2 hari yg lepas imran n ilyas adam pula dijangkiti demam campak.Kesian kat anak2ku ini.
Ubat makan utk mengelakkan gatal telah diberikan.Ubat gatal pun telah disapukan ,keseluruh badan n muka.
malam ini,coba utk sapukan dengan bedak sejuk...pulak!Kat dlm umah ni,hanya aku n irham yg belum pernah dijangkiti.
Harap2 dekat2 nak raya ni...janganlah pula dijangkiti,nauzubillah....camna nak balik kampung .....huhuhu!
Moga anak2 ibu cepat sembuh...insyaallah!

Sabtu, 13 Ogos 2011

PERMATA HATI

anak adalah 'permata'yang tak ternilai harganya.
anak adalah penyambung zuriat
dgn anak ,kita meramaikan umat Rasullullah s.a.w
dgn anak ,merapatkan hubungan kekeluargaan
tapi bukan semua org diberi 'nikmat'itu
tapi ada juga 'hamba allah' yg sudi tumpangkan kasih
andai ada yg tak mampu @ tak sudi...
andai punya kekuatan diri......izinkan 'buat sahabatku'
sudah lama mengharap
sudah lama mencuba
sudah lama menanti.....'PERMATA HATI'
insan berhati mulia.....boleh tinggalkan no.tel @mssg ke akaun facebook saya.semoga 'insan-insan kecil ini'tidak diabaikan,insyaallah.

al-fatihah.....


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.   Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.   Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.   Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.   "Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.   Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.   "Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"   Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.   Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.   Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"   Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.   Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.  Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.  Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.  Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?  Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.  Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.  Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.  Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.  Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.  Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.  Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.    26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!  Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,  Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.  Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.  Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.    7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.  Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.  Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.  Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"  Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.  Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.    13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.  Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"  Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"  Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"  Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.  Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"  Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.  Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.  Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"  Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"  Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.  "Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"  Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.  Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.  Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.  Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!  Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!  Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.  Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!  27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.  "Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"  Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.    5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.  "Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"  Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.  Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.  7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.  Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.  Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.  Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.    8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.  Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.  Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.  Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.  "Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"  Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia    Abang pada tahun 2007.    9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.  Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.  Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.  Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.  "Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"  Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.  "Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"  Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.  Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.  "Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.  Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.  "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."  Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!  Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"  Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.  "Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"  Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.  "Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"  Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.  Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.  Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.  "Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...  Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?  Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.  Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.  Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.  Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.  Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.  Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.  Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

Jumaat, 12 Ogos 2011

Daging burger + scramble egg

Bahan-bahan...

5 keping daging burger (ayam @ daging)
3 biji telur
3 camb.susu
secubit  serbuk lada hitam
garam secukup rasa

caranya....
- mula2 gorengkan daging burger
- agak garing,bolehlah diangkat
- bila sejuk daging burger tersebut,hendaklah dipotong kecil2

- telur hendaklah dipukul bersama2bahan2 diatas
- panaskan minyak dan tuangkan bancuhan telur tersebut serta kacaukan
- sementara telur didlm kuali itu masih basah, terus tuangkan daging  burger tersebut
- kacau sehingga telur itu kering
- daging burger itu akan melekat pada telur tersebut dan boleh diangkat bila nampak sedikit garing.


-biasanya ini boleh juga dihidangkan bersama nasi goreng,roti,bihun goreng @ apa yg disukai....

ramadhan ke-11....nak masak pe,yer??

Semalam ayahnya tak dapat bersama berbuka puasa....so,anak beranak simple jer.Aku masakan nasi tomato,ayam masak merah n daging burger+scramble egg.Air nya pulak ....cendol.Biasanya aku n anak2 kalu berbuka,cukuplah ngan nasi berlauk n air.Jikalau ada ayahnya bersama berbuka puasa,barulah ada kuih.Itupun kuih tunjuk kat pasar ramadhan.....kalau sesiapa nakkan resepi daging burger+scramble egg...bole ler ke 'resepiku caraku.Kadang2 tu dah boring ngan sambal,kari,lemak,sup...so aku suka 'mereka2'resepi yg lain.Lebih penting biasanya yg boleh dimakan oleh anak2..sebagai seorg ibu yg punya anak2 yg masih kecil,aku sedaya upaya masak apa yg anak2 suka n boleh makan...selamat mencuba!

Khamis, 11 Ogos 2011

masih ada kesempatankah utk aku......
ari tu ternanti2 bilakah ia akan tiba..
menyimpan seribu impian bila bertemu dengannya
ari ini ia dah bertandang
aku rasa ....aku jauh ketinggalan
ari esok,belum tentu untuk aku
andainya aku masih mengejar dunia
mengapa begitu pantas kau berlalu ramadhan...
sebak rasanya...
andai aku tiada kesempatan lagi bertamu denganmu....

Selasa, 9 Ogos 2011

...dendangan wat anak2ku!

SUASANA PAGI MAKIN BERSERI-SERI
BILA MATAHARI MULA MENUNJUK DIRI
TERLUKIS KEINDAHAN DALAM KEHARMONIAN
TERPAMER KEKUASAAN.....AR-RAHMAN
BURUNG-BURUNG BERKICAU
DICELAH POHON HIJAU
MENITISLAH EMBUN DARI HUJUNG DEDAUN
BIARPUN TUMPAH AIR MATA DAN DARAH
TAK PEDULI DEMI CINTA ILAHI....
WAHAI TEMAN-TEMAN
MAJULAH KEHADAPAN
ISLAM.....TIDAK AKAN KALAH
BEGITU JANJI ALLAH
KEMENANGAN MILIK KITA
SYAHID ADALAH CITA
BIARPUN TUMPAH AIRMATA DAN DARAH
TAK PEDULI DEMI CI TA ILAH......


sebuah nasyid yg selalu aku dendangkan wat anak2ku.....

Sabtu, 6 Ogos 2011

keli

Ini ikan keli peliharaan kami sekeluarga.Sebenarnya ikan keli ini dibeli dikedai ikan utk tujuan umpan.Masa tu 'my hubby' beli  dalam  7ekor....utk umpan menangkap ikan toman.Akhirnya hanya  2 ekor yg digunakan.So lebihannya hanya terbiar dlm satu balang.
Kemudian,seekor demi seekor mati,yg tinggal hanyalah seekor ini.Percaya atau tidak....dah masuk tiga thn ikan ini menjadi peliharaan kami sekeluarga..Sekarang ni..jgn nak dijadikan umpan nak bagi kat org(ada ler jugak yg minta...)pon tak sampai hati...nak bagi..Keli ni dah jinak.Kalau kita letakkan tgn kita kat kaca'aquarium'ni...dia akan dtg spt membelai2 tgn kita.Kesian tengok dia....takde kawan.Pernah juga beli ikan keli lain wat teman...tapi semuanya mati.
Apapun ia semakin membesar n semakin tua......sayang keli!!!

hadiah pertandingan menyusun puzzle....

MUHAMMAD IMRAN BIN MOHD SHAHBUDIN,dari kelas thn 2 airbus,sek.keb.KLIA,tmn mawar,bdr.baru salak tinggi,sepang,selangor...telah memenangi tempat ketiga utk acara menyusun puzzle.
Seronoknya imran dapat hadiah.Hadiahnya ialah sebiji mug 'english flower'.....utk ibu menambah koleksi ....hahhaa!tq...anakku n tahniah!!!

Jumaat, 5 Ogos 2011

nak masak ape ,yer???

Hari ini dah masuk 5 ramadhan...bermakna dah 5 hari umat islam kat malaysia berpuasa.Walaupun cuaca agak panas....alhamdulillh,anak2 juga berjaya melaksanakan ibadah puasa.
Hari ini nak masak apa,yer? Selera berpuasa ni,lain sikit.Terpaksa juga ingat selera anak2...nanti nak bersahur pulak!emmmm....lepas hantar anak sekolah terus jer aku belikan lauk utk masak.Nanti kalau dah hantar anak2 ke sekolah terus balik umah jawabnyer......malasnyer nak keluar lagi!
Dah 3 hari...asyik ayam!ayam!...Ayam goreng kfc,ayam goreng berempah,ayam kurma,.....dh nak'terkeluar'bila ingatkan 'AYAM',tapi.....anak2 kalu takade ayam,tak berselera pula bila makan!
Tadi sahur,aku gorengkan ikan siakap cicah ngan air asam.Habis seekor dikerjakan satu famili..hahaha!ada pula telur asin...fuh!penambah selera.,sedikit nugget utk anak2 n ada lebihan kuah kurma masa berbuka...cukuplah!alhamdulillah!
Hari ini.. 'my hubby'pula yg gi membeli 'bahan'utk memasak ptg ni...huhuhu!ayam lagi!masak kari ler pulak!ada buah tembikai.....sedapnya dibuat air..
Kadang2 kalu rajin ...masa bersahur aku masakan lauk lain ...jemu!jemu!asyik makan masakan sendiri.Nak @ tak nak terpaksa......huhuhu!

Rabu, 3 Ogos 2011

......syukur!!!!

hari ini,hari kedua umat islam berpuasa.Anak2 pun dah mula kembali sekolah.Cuaca di Bandar BaRU Salak TinGgi...panas sangat!...tapi alhamdulillah masih ada angin yg bertiup.Anak2 yg sedikit penat kerana pagi pergi sekolah kebangsaan dan petangnya pula ke sekolah agama.Kesian juga aku tengok!.tapi anak2 mesti kuat...'kuat'bukan setakat kalau pandai menumbuk org tapi'kuat'menahan diri dari membuat 'keburukkan'!
Sebenarnya dlm kepayahan n kesusahan itulah ,mengajar kita erti'puasa'.Puasa itu sendirinya tidak akan bermakna andai setakat menahan lapar n dahaga.Merasai betapa kepayahan dlm kepanasan cuaca serba serbi kekurangan spt negara2 'sahabat'kita yg menderita dizalami n kemiskinan.Mereka tetap menjalani ibadah puasa dlm'tidak kesempurnaan'keadaan. Cumanya...kita ni, untuk sebulan jer....betapa bertuahnya kita di bumi....MALAYSIA.
Bila ada anak2 yg merungut...itulah yg akan aku terangkan!...pon aku teringat kalu aku kecik2 dulu...arwah bapak selalu akan bagitau aku 'bersabar'dlm menjalani ibadah puasa ini...."kilang kat dlm perut ni dah  11bulan dok kerja....so utk bulan ramadhan ni,kita bagilah 'dia' rehat sat!".....hahaha!masih terngiang2 kat telinga ni....dan yg pastinya ramadhan n kemunculan syawal yg bakal tiba...menggamit kenangan lalu!

Isnin, 1 Ogos 2011

.....firstday sahur****

asyik2 terjaga..tengok jam kat dinding.paih tu tengok pulak jam kat handphone knpa tak bunyi2.tadi dah'set'kul 4.00pagi. ,takut2 terlena,maklumlah ni kan first day nak bangun sahur!
Tadi gi jemput anak2 tunaikan solat trawih kat masjid kul 10.45mlm.Aku tak gi sama2 sbbnya.....lutut aku sakit dah hampir 2thn.Kalu solat kat umah,aku terpaksa duduk atas kerusi.Dah ler duduk atas kerusi paih tu nak terkejar2 pulak ngan si adam....insyaallah aku wat kat umah jer lah!
Lepas balik dari masjid,anak2 lapar.So,aku belikan roti kat 7E.Kat tmn seroja,bdr.baru salak tinggi,7E,tak jual arak kerana penduduknya hampir 99%melayu islam...alhamdulillah.Paih dah makan tue,aku pastikan anak2 tido awal sbb nanti nak bangun awal ...sahur!Alih2,aku yg tak bole nak tido!Jap2 terjaga....tengok2,kat kul 2.00pagi baru ayahnya pulang dari kerja.'Trip'dah mula slow!.....syukur rezeki ada utk hari ini.
Pukul 3.57 pagi,adam dah nangis...nak 'nyusu'...terus bangun takut terlelap.
Tugasan ibu n isteri......siapkan sahur!,,,,sambil tu...wat tahajjud n qadho apa yg patut.Manalah tahu kalu2,ini ramadhan terakhir aku!
Kul...5.00pagi,dah beres siapkan sahur....curi2 tngok blog! 5.15 pagi,baru aku bangunkan ayahnya n anak2.Semua sahur sekali kecuali iman n adam.Kesian pula nak suruh iman puasa sbb masih ada'campak'.
Ada sambal sardin,ayam goreng kunyit,telur masin n timun....air teh'o'n air sarsi.....alhamdulillah!Lepas solat subuh,ayahnya gi kerja...yg lain semua'tarik selimut'balik!Aku......kemas meja n basuh ape yg patut.....mengadap blog!Rasa nak baring jap!Kalu tidak,kepala sakit...darah tinggi pulak naik!
moga puasa yg dilalui...penuh keberkatan!...insyaallah.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT