Rabu, 23 November 2011

menghampiri akhir tahun......


 Inilah kuih yg digemari anak-anakku.Oleh kerana semua dah bercuti,perut...asyik lapar jer!Boleh dikatakan pagi dan petang asyik suruh wat karipap.Kalau boleh malam tak makan nasi pon takpe...makan karipap!Bila dah ramai2 nie...ramai ler pula yg nak jadi 'chef pastry'.Masing2 aku berikan sedikit doh utk buat 'bentuk'yg diingini.Tapi sendiri buat,sendiri makan,yer!Hanya buatan ibu jer yg boleh semua nikmati.
 Terlambat sedikit upload foto.....ini ialah Hari Kecemerlangan Sek Keb KLIA,Sepang. kumpulan tarian semazau yg dipersembahkan oleh murid tahap 2.Muhammad Imran (no.2,duduk sebelah kanan)
 bersama Muhammad Iman Danisah, hari konvo pra-sekolah,kelas airbus dan boeing.
 masih sempat bergaya bersama-sama teman sebelum naik ke pentas.
 Imran mendapat terbaik matapelajaran  maths,pengetahuan agama islam,bahasa arab dan sebagai ketua darjah utk tahun 2Airbus.
 Iman pula mendapat terbaik utk matapelajaran bahasa inggeris
Ini pula persembahan dikir barat dlm bahasa arab yg mewakili sekolah dlm peringkat daerah.Iqbal yg berada tengah dihadapan.Dan itu juga merupakan acara penutup sebelum bacaan al-quran oleh salah seorg peserta tilawah peringkat daerah.

MYLAUNCHPAD

MYLAUNCHPAD

Selasa, 22 November 2011

Ungu Andai Ku Tahu with Lyrics

SESEKALI BILA KESEDIHAN BERTANDANG....


...macamna yer nak luahkan perasaan sedih,hiba n tak puas hati tanpa melukai @ memburukkan sesiapa....


pada hakikatnya kesedihan bertandang tentulah ada sebabnya
.....dan pada hakikatnya juga aku sebenarnya tak pandai nak meluahkannya!
kekadang tu ada yg membuatkan dada ini menjadi 'sesak',fikiran jadi celaru,serba tak kena....
dan padaNya....aku merintih,mengadu,berharap n berserah!
pernah seorang teman a.k.a jiran baikku,'offer'utk mendengar apa jua masalah atau apa2 yg terbuku di dada,....andainya aku boleh meluahkan!
dah jauh sangat perjalanan hidup ini,pastinya banyak yg telah dilalui....
sebenarnya aku lebih selesa begini.....
jarang sekali ku toleh kenangan lalu....
andai dikenang yg pahit...airmata pasti menitis
kerna berjayanya aku harungi
andainya yg manis ku kenang
pastinya jua airmata yg berjurai
kerna kenangan manis itu terlalu indah 
pastinya tak akan kembali lagi...
Aku hadapi hidup yg mendatang
Dengan beusaha menjadi yg lebih baik dari semalam
selainya aku berserah pdNya




-kekadang kita tak mampu utk memuaskan hati semua org...
andainya mereka juga mampu menerima hakikat, aku jua manusia biasa!
-kekadang aku menangis utk jadi manusia yg sempurna
dan akhirnya ia menjadi bosan dan tersungkur
Ya ilahi....dan setiap itulah aku sentiasa diberi peluang utk
...mencari jalan pulang!
...subhanaallah....aku merindui kasih sayang dan ehsanMU!

Berita Harian Online | Penduduk bantah roboh surau

dddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddBerita Harian Online | Penduduk bantah roboh surau

Sabtu, 19 November 2011

<3<3<3....maka bermulalah cuti.......

19hb.nov 2011,hari sabtu....bermulalah cuti penggal ketiga.Alhamdulillah,hari dimulakan dgn semua anak2 solat subuh.
Selepas subuh,ayahnya dah keluar mencari rezeki.Anak2 pula dah mula menghadap PS3.Iqbal pula telah dijemput kawan utk main bola.Aku......mcam biasa,rutin seorg ibu.Buatkan sarapan,basuh baju,rendamkan kasut2 sekolah anak2 supaya thn hadapan boleh guna lagi....so,sambil2 tu menghadap blog!
Duit yg kerajaan bagi utk anak2 sekolah telah pun dapat sebyk rm 400.00,utk 4 org anak...alhamdulillah.Sekurang2nya,ringanlah sedikit perbelanjaan utk beli keperluan sekolah anak2 utk sesi 2012.
Duit itu pula,aku berikan rm25.00 seorg utk anak2 beli apa yg mereka hendak.Jadi dapatlah juga anak2 merasa 'rezeki' ini.
Cuaca pagi ini walaupun ada mentari tetapi terasa sejuk.Ada ketenangan....yg dapat aku rasai.Peliklah pulak!
Aku masih mencari2 idea utk diberikan pada anak2.Apakah aktiviti dan susun atur @ mcmna aku nak anak2 aku habiskan cuti penggal ini,yer?Aku tak nak mereka habiskan waktu dgn hanya menghadap games,i'tnet n, n, ,main!
Apapun,hari ini dan esok masih acara bebas....Insyaallah,isnin ini kita akan mulakan cuti dgn bermanafaat.Tahun depan ,irham n ikhwan akan menghadapi peperiksaan yg penting iaitu PMR n UPSR.Iqbal akan naik ke tingkatan 1.Iman pula akan memulakan tahun 1 n Imran pula thn 3,sebagai pengawas pusat sumber.
Oleh kerana itu,cuti ini pasti ada byk perkara  yg harus diulangkaji.
....selamat bercuti n selamat berehat seketika........

Jumaat, 18 November 2011

TAHNIAH ......UPSR 2011


Bagi anak-anak yg berjaya dgn cemerlang dalam UPSR 2011....ibu ucapkan tahniah...moga lebih berjaya pada masa akan datang.
Untuk anak ibu,iqbal.....
Apabila keputusan sudah berada ditangan,usah lagi mengalirkan airmata.Masa itu telah berlalu dan tak akan kembali lagi.
Haruskah berpuas hati dgn apa yg dicapai?
Leteran ibu sebelum ini,bukan sekadar nyanyian di pendengaramu...
Ibu mahu buat yg terbaik
Tiap hari ,ibu peruntukkan masa utk melihat kerja dan ulangkaji iqbal...
...sayangnya ibu hanya bersama buku-buku ulangkaji,iqbal dengan alasan sekejap n sekaejap ,pastu hilang kemana.
Ibu...dengan enam org yg harus dipertanggungjawabkan!Kekadang terlepas pandang kerana ada enam suara yg perlu didengarkan....maafkan ibu!
Mungkin ibu yg terlepas pandang.....kalau iqbal juga mahu memberi kerjasama.
....mungkin hari ini kita meraikan suatu kejayaan yg boleh dibanggakan.
Kecundang kali ini bukan bermakna gagal selamanya...
Ibu mahu ,kita sama-sama bangkit dan meneruskan pencapaian yg lebih baik.Disaat iqbal memperoleh keputusaan yg begitu ibu tidak sangka.....ibu juga seperti org yg telah kalah dlm peperangan.Sedih melihat usaha ibu selama ini,sebak melihat kegagalan yg iqbal sendiri harus terima.
Moga-moga ,selepas ini kita harus lebih berkerja keras....utk lebih berjaya!Selebihnya .....kita berserah pdNya.
Tahniah utk anak ibu...iqbal!Sedarkan kita utk jadi insan yg lebih berguna utk dunia n akhirat,amin.
<3<3<3.....


.....Di hari penganugerahan sek keb KLIA,sepang - 16hb.nov 2011.
alhamdulillah,syukur atas kejayaan anak-anak2.Buat anal-anak2,yg masih'tidur',bangkitlah utk menuju kejayaan.Mencari ilmu utk dunia mahupun akhirat.
Dalam upacara hari penganugerahan tersebut,anakku iqbal n imran ada mengambil bahagian dlm pertunjukkan pentas.Iqbal dgn kawan2nya membuat pertunjukkan dikir barat dlm bahasa arab.Kumpulan tersebut adalah wakil daerah utk pertandingan dikir barat .Kebetulan mereka baru mengambil bahagian pd 15 hb.nov 2011 di Kem motivasi daerah ,ampang pecah,hulu langat.Mereka mendpt tempat keempat.Walaupun kalah tetap memberi persembahan yg menarik.Dan ia merupakan pertandingan yg pertama mewakili sekolah.Keputusaan UPSR yg diumukan semalam....hanya 1A yg mampu anakku capai.Kebolehan utk mendpt yg lebih baik,passti boleh jika ada lebih usaha.Moga kegagalan kali ini akan menyedarkan anakku ini utk lebih usha.Kurangkan'bermain'!Apapun...ibu tetapkan..'bising' supaya lebih rajin.Paling penting jgn tinggal solat n rajin membaca al-quran,amin!
Anakku imran pula membuat persembahan tarian semazau.Oleh kerana biasa dgn tarian dari pra-sekolah,jadi dia pun terpilih.Kata ayahnya....boleh aktif menari...tapi kat sekolah rendah jer....ok!Maaf cakap...ibu pon tak menggalakan sangat!Imran mendpt sijil ketua kelas n terbaik matapelajaran maths,arab n pengetahuan agama islam.Utk sekolah agama(kafa)juga mendpt anugerah mumtaz.Oleh itu imran telah mendapat tawaran utk menjadi pegawas sekolah kafa n pengawas pusat sumber utk sek.keb.
Anakku iman danish,menerima sijil utk pra-sekolah n utk terbaik bahasa inggeris.Tahun depan...dah masuk thn 1.


....dan semalam juga merupakan ulangtahun tarikh perkahwinan aku n ayahnya yg ke-15thn.Pantasnya masa berlalu....walaupun tiada acara yg istimewa kecuali ucapan..... utk hari tersebut kerana masing2 sibuk ngan sekolah n kerja tapi mungkin akan ditangguhkan bila ada cuti n ada 'wang'.......


Hari-hari dlm kehidupan ini...adakalanya bahagia bagai nak rak dan kadangkala diduga pedih memeritkan......moga dapat dilalui dgan tabah ,sabar n redho......waallah!

Jumaat, 11 November 2011

****sepanjang minggu ini........

Cuaca sekarang memang tak menentu.Siang tadi panas.skrg dah lewat petang tetiba langit gelap dan terus hujan.Nampak seperti nak hujan lebat tapi renyai jer berserta guruh!
Baru2 ini ayahnya pergi memancing dgn 'tiga hero'.Anak2 aku yg besar ikut serta memancing n yg 3 anak2 lagi tinggal kat umah ngan aku.Mereka pergi malam lebih kurang pukul 9mlm n balik selepas subuh sampai umah.
Alhamdulillah,dapat ler seekor ikan senangin.Wah!bergaya ikhwan dgn tangkapan ayahnya!
Setelah 'disiang' n dikunyitkan.....wat main pulak!Diacah2kan ikan tu kat adam...tak takut pon!
Sungguh simple jer....digoreng n lepas tu wat sambal tumis.Lepas tu tuangkan jer atas ikan tu!Hiasan ikan tu,,,ikhwan punya kerja!
Hah!esok tu pula teringin nak makan mee rebus @ mee bandung.......
my favourite.....iqbal tengah layan mee bandung.sedap tak ibu masak?
Sedihnya bila ikan yg dibela selam 3 thn akhirnya mati.....dah sampai ajalnya.Dibela dari panjangnya 2.5 in sampai sepanjang 14 in.Kisah keli ini ada aku caeritakan dlm blog ni......tajuknya?kena cari......
Dan seperti biasa.....dgn bermacam kerenah si adam.Setiap hari ada jer perkara yg dilakukan.Panjat  sofa pun dah pandai.Ni ....duduk bergaya,konon2 dah berjaya panjat sofa.
~INDAHNYA 11.11.2011~


Di pagi jumaat yg indah ini seindah tarikhnya.......


-tarikh kelahiran sahabat lamaku......sepatutnya menjadi tarikh yg lebih indah n bermakna buatnya.Namun hajat tak kesampaian.Kita hanya mampu merancang.....Moga akan ada 'keindahanya'disebalik kepahitannya,insyaallah.


-anakku imran,mendapat tawaran utk menjadi pengawas pusat sumber 2012.walaupun 2 dari abangnya menjadi pengawas sekolah...apapun buatlah yg terbaik dgn rasa tanggunjawab.tahniah!


-sudah ada penyewa baru utk kedaiku.Maka ringanlah sedikit bebanan bayaran bulanan wat my hubby!


-anakku irham,yg baru 6 bulan masuk ke tingkata 2 setelah 1thn meninggalkan sekolah mendapat kedudukan pertama dlm kelas,alhamdulillah.


-anakku imran,utk sek.keb.mendapat tempat ke6 dgn markah 94%.Jumlah markahnya 470 dari 500.Persaingan markah antara pelajar lain juga sangat hampir.Utk sekolah agama pula mendpt tempat ke5 n masih dlm kumpulan 'mumtaz'tahniah!


-anakku ikhwan,keputusan utk akhir thn ini tak begitu memuaskan namun ibu tahu anak ibu ini akan dapt buat  yg lebih baik utk masa hadapan...insyaallah.Cayok! n terus berusha!


-anakku iqbal,berdebar2 menantikan keputusaan UPSR.Moga apa jua keputusaan yg diterima....teruskanlah berusha supaya menjadi insan yg berilmu.Ilmu utk dunia n akhirat.....




......ramainya memilih tarikh ini utk berkahwin dan bersalin.Hingga ada yg sanggup utk dibedah semata2 utk mendapt tarikh kelahiran bayi mereka.Dan yg paling hebat ada yg menanti pukul 11 utk dibedah.Allahuakhbar......dengar 'bedah'pon dah cukup menakutkan.....apapun tak perlulah terlalu'taksub' dengan 11.11.11!!!!


have a nice day on 11.11.2011,moga sentiasa diberkatiNya,insyaallah.


-
~INDAHNYA 11.11.2011~


Di pagi jumaat yg indah ini seindah tarikhnya.......


-tarikh kelahiran sahabat lamaku......sepatutnya menjadi tarikh yg lebih indah n bermakna buatnya.Namun hajat tak kesampaian.Kita hanya mampu merancang.....Moga akan ada 'keindahanya'disebalik kepahitannya,insyaallah.


-anakku imran,mendapat tawaran utk menjadi pengawas pusat sumber 2012.walaupun 2 dari abangnya menjadi pengawas sekolah...apapun buatlah yg terbaik dgn rasa tanggunjawab.tahniah!


-sudah ada penyewa baru utk kedaiku.Maka ringanlah sedikit bebanan bayaran bulanan wat my hubby!


-anakku irham,yg baru 6 bulan masuk ke tingkata 2 setelah 1thn meninggalkan sekolah mendapat kedudukan pertama dlm kelas,alhamdulillah.


-anakku imran,utk sek.keb.mendapat tempat ke6 dgn markah 94%.Jumlah markahnya 470 dari 500.Persaingan markah antara pelajar lain juga sangat hampir.Utk sekolah agama pula mendpt tempat ke5 n masih dlm kumpulan 'mumtaz'tahniah!


-anakku ikhwan,keputusan utk akhir thn ini tak begitu memuaskan namun ibu tahu anak ibu ini akan dapt buat  yg lebih baik utk masa hadapan...insyaallah.Cayok! n terus berusha!


-anakku iqbal,berdebar2 menantikan keputusaan UPSR.Moga apa jua keputusaan yg diterima....teruskanlah berusha supaya menjadi insan yg berilmu.Ilmu utk dunia n akhirat.....




......ramainya memilih tarikh ini utk berkahwin dan bersalin.Hingga ada yg sanggup utk dibedah semata2 utk mendapt tarikh kelahiran bayi mereka.Dan yg paling hebat ada yg menanti pukul 11 utk dibedah.Allahuakhbar......dengar 'bedah'pon dah cukup menakutkan.....apapun tak perlulah terlalu'taksub' dengan 11.11.11!!!!


have a nice day on 11.11.2011,moga sentiasa diberkatiNya,insyaallah.


-

Selasa, 8 November 2011

###berlalunya.....10 zulhijjah!!!

As-salam,hari ini 8hb.nov,bersamaan 12 zulhijjah...cepatnya masa berlalu.Pagi2 buka suratkhabar......ada lagi kes buang bayi kat tempat membuang sampah!Ia terjadi kat Nilai....dan alhamdulillah bayi itu masih hidup.Sayu tengok wajah bayi yg sgt comel itu!

Kesedihan dipagi ini ditambah lagi dgn kematian ikan keli yg kami bela hampir 3 thn.Patut ler semalam bila aku beri dia makanan,dia tak 'menangkap'pon.Biji mata dia pon kelabu jer.Dlm hati ada juga terlintas'keli ni nak mati ker?'Apapon ajal telah sampai,kuasa Allah swt,tiada yg mampu menghalangnya ,innalillah.....


Hari raya haji baru2 ini,kami sekeluarga tak balik mana2.Kat tempat kerja ayahnya ada melakukan korban sebanyak  10ekor lembu n 3 ekor kerbau.Ayahnya pula mengambil tanggungjawab utk melapah daging korban.So,kami kat umah jer!
Foto ,org melakukan 'korban'tak dpt disiarkan sbb.....disuruhnya anak aku mengambil foto org melakukan kerja2 korban,diambilnya seekor2 gambar lembu n kerbau!anak2.....

Kelmarin masak kari daging,semalam sup tulang daging n rendang daging,arini sambal daging.....hahaha!sampai tak terlarat makan daging!alhamdulillah.......rezeki!Daging kerbau yg dibuat rendang n sup mmg sedap.Selama ni terbayang kalau daging kerbau tentu kasar n berbau,tp bila dah masak n makan,takde beza pon dgn daging lembu!

Anak2 bercuti sekolah sampai arini,esok baru mula sekolah.Sekolah pon dah hampir ke penghujungnya utk hampir cuti panjang.Apa agaknya pengisian yg harus aku fikirkan utk anak2.,supaya cuti digunakan sepenuhnya dgn perkara2 bermanafaat!

Rabu, 2 November 2011

takde adab!!!!

Alhamdulillah.....kemarahan dah agak reda!Kalau semalam aku menghadap blog,dah tentu,tertulis perkara yg #@*%$!!!!!Bukan senang nak redakan kemarahan yg meluap2.
Beberapa kali beristighfar.....n menarik nafas,mesti cool!
Anakku yg seorg ni dah terpilih utk mewakili sekolah dlm dikir barat(dlm bahasa arab),alhamdulillah.Ustazahnya pon dah berikkan tarikh utk latihan.So semalam adalah hari pertama utk latihan tersebut.Kebetulan pula ada hari kantin @ keushawanan,hari khamis ini.Maka semangat nak berlatih sama naik dgn semangat nak berniaga.
Hari selasa -hari pertama akan diadakan latihan utk dikir barat ,bermula 2.30ptg - 5.30ptg.Aku pun suka tengok anak2aku ni aktif utk sekolah.Masa ambil anakku yg lain kat sekolah,aku siap bungkuskan nasi serta air ukt makan tengaharinya.Katanya masa aku berikan bungkusan makanan,'jap lagi nak gi beli barang utk hari keushawanan kat Giant,kawan mak dia akan hantarkan.Pergi elok2,balik elok2.....pesan aku.DI SINILAH KESILAPAN TERBESAR AKU!AKU DAH TERLUPA PASAL LATIHAN!!!!!!!
Lebih kurang pukul 2.50ptg,anakku ini balik ke rumah bersama seorang rakan kelas merangkap kawan dlm kumpulan keushawanan(jauh umah ngan sekolah ngan kawasan berbukit lebih kurang 1 km juga).Masa itu ,aku tengah tidurkan baby adam.Ibu,boleh tak hantarkan dia bersama kawan2 ke Giant?.Guru besar suruh beli brg hari ini juga.Mak kawan dia tak dpt hantarkan sbb ayahnya pakai kereta.
Nak beli apa,sampai nak ke Giant?tanya aku utk kepastian.Kata anakku nak beli sausage utk dijual hari khamis ini.Kalau itu jer nak dibelikan,baik gi pasaraya kat umah ni jer.Kawan2 yg lain dok tunggu kat sekolah.....( 1- nak suruh hantar,nak kena pergi ambil pula tu,yg anak aku balik jln kaki - geram juga!!!)tapi.....mengenangkan anak!
Baby adam baru tidur,dah terpaksa didokong masuk ke dlm kereta.Kena pula pergi ke sekolah kembali utk jemput kawan2 anakku yg ingin menumpang ke Giant.
Semuanya ada 6 org ,termasuk aku n anak2 semuanya ada 9org.Diantara mereka ada 2 org kawan perempuan.Aku ni bab campur perempuan n lelaki ni,mmg sensitif.Bukanlah tak bagi berkawan,tp awal2 aku dah 'sound',kalau nak berkawan lelaki n perempuan hanya kat sekolah utk bincang hal sekolah.Bole ker mcm tu?Aku ,kalau dulu mmg takut kalu bapa aku 'sound'mcm tu.Mmg tak berani.Zaman dah berubah........hukum Allah tetap berguna sepjg zaman!Sambung balik bab tadi....
Dalam ramai2 yg panjat kereta tu, takde seorang pun yg menyapa aku.Bagi salam pun tidak.Semua masuk dlm kereta macam kambing masuk kandang.( 2 - terasa mcm drebar ler ,pulak!)
Dah dekat nak sampai Giant,mereka tukar fikran nak ke Tesco pulak!Bila dah 'parking',aku pesan 1/2 jam jer,jgn lambat2.Bayangkan apa perasaan kita,dah ler bersusah payah ambil, pastu hantar,sorang pon tak cakap terima kasih,turun dari kereta..Cuma anak aku jer yg minta izin utk pergi bersama kawan2nya .
Tak sampai 10minit tunggu dlm kereta,baby adam pun dah terjaga dari tidur.Alang2 dah sampai n adam pun dah bangun,aku bersama adam n iman pon masuk ke dlm Tesco.Ada ler 3@4 barang yg dibeli,anakku  sapa aku dan beritahu kawan2nya ada disitu.Aku lihat dlm troli tu dah penuh dgn air kotak,air tin n beberapa benda lagi.So,aku pun tolak troli menghampiri mereka sambil menegur,dah beli?Seorang pun tak jawab.2 org budak perempuan tu pulak pusing membelakangi aku.( 3 - tak ada adab!).
Selepas membuat pembayaran,aku terus ke 'parking',sambil tu suapkan adam n iman makan donut yg dibeli kat dlm Tesco tadi.Sampai habis makan donut,sempat lagi aku kemas2kan kereta,buang2 pasir kat carpet kereta.Pastu dah azan asar......
Anakku n seorg kawannya dtg simpan barang yg dibeli.Aku lihat 6 bungkus sausage n kawannya pula beli roti kek 4 bungkus.Itu,kalu beli kat pasaraya kat umah pon ada.Pastu yg lain mana?dah masuk asar ni!!!!
Jap nak gi cari yg lain,kata anakku.Masuk lagi dlm Tesco!!!5minit,10minit,15minit.....semua tak nampak batang hidung.Bayangkan dari lebih kurang 2.50 tghari sampai ke azan asar,pastu tunggu lagi....Apalagi????aku,adam n iman terpaksa masuk balik ke dlm Tesco.Cantik sungguh pemandangan!!!
Wah!ada yg nak berdating rupanya!Siap pakat makan kat food court!( 4 - ada tak diorg terfikir yg aku dok terconggok tunggu kat tempat parkir!??)
Memang kena 'sound'masa tu jugak!Kata aku,makcik hantar hampa semua ,mai beli barang,kalau nak mai makan2,dtg ler ngan famili hampa.Ada tak, terfikr acik ni ada anak kecil?Lepas tu ,terus jer aku gi kat tempat parkir.Anakku dtg,beritahu mrk nak balik dgn teksi.Jangan mengada2,dtg dgn ibu,mesti balik jugak dgn ibu.Bila anakku gi jemput lagi,mrk kata nak gi Giant nak cari brg lagi.Nanti mereka call ayah salah seorg utk ambil.pulang.Malas ,aku nak layan!
AKHIRNYA....aku dpt tahu,hanya seorg jer dlm kump.anak aku n sama kelas.,yg lain tu dari kelas 6A.Salah seorg tu ,kira 'famous'kat sekolah.
Bila esok tu ,aku ceritakan pada ayahnya.....mmg kena!!!!!Pesan ayahnya,jgn mudah nak ikut telunjuk org.Biar takde kawan dari berkawan dgn org yg hanya nak mempergunakan org!Ada 3 jenis kawan
1-yg hanya,hai!hai!bye!bye!
2-bila kita senang,ramai keliling pinggang
3-bila kita menangis,dia hulurkan tangan........bkn senang nak cari yg macam nie....tp pasti ada yg akan kita jumpa dlm keikhlasan berkawan,insyaallah.
Walaupun hanya dgn budak2,tapi persaan marah begitu,tak pernah aku rasa sebelum ini.Betul tak ada adab!
Hari rabu,bila anakku pergi sekolah,ada yg mohon maaf.Begitu juga dgn anakku yg mohon maaf .Aku mungkin maaf ......bila marahku reda.
Moga tiada anak2ku yg tak beradab,walau siapa org itu! 

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT