Isnin, 31 Oktober 2011

sila kunjungi..... PERMATA ENAM SERBANEKA SHOPPE

Setelah memikirkan apa yg nak dibuat utk menambah penapatan,akhirnya aku membuat keputusan.Sejujurnya mmg skrg ni tiada 'celah' utk dibuatkan modal utk memulakan perniagaan.Berbekalkan lebihan barangan niaga dahulu semasa aku berniaga kedai,so itulah yg akan aku jual secara online melalui blog 'baru' aku!Doakan aku berjaya!
Aku namakan 'kedai'aku itu,PERMATA ENAM SERBANEKA SHOPPE,sempena 6 permata hati aku!Kalau ada yg mencari barangan utk dibeli melalui online boleh ler melawat blog aku tu ,yer!
Masih byk yg perlu dilakukan dlm blog tu.Banyak gambar barangan yg perlu diuploadkan.Jika ada kekurangan,harap maafkan,yg pasti insyaallah,akan perbaiki.
Barangan seperti kain ela,kain telekung,kain ihram,kurta,buku2 agama dll kerperluan muslim.Kami juga menyediakan perkhidmatan memasang karpet dan blinds.Ini termasuklah utk mesjid,surau,bilik pejabat,showroom atau dimana2 aje yg diperlukan.Buat masa ini kami telah memasang karpet dengan pujian.Belum ada 'customer'yg tidak berpuas hati dgn perkhidmatan yg diberikan.Harapan ini agar berjaya disamping usaha dan berdoa.....jumpa lagi!!!

Khamis, 27 Oktober 2011

OKTOBER 2011
Petang tadi hujan lebat sangat bersama kilat n guruh.Hampir 2 jam juga....tanpa henti.Oktober dah hampir penghujungnya.Pantas sungguh masa berlalu.Minggu lepas anak2 cuti sekolah hampir 5 hari sempena depavali.Pada mulanya aku merungut juga sebab cuti panjang sangat padahal kaum india kat sekolah tu adalah 4@5 org jer.Tetengok...jap jer dah mula sekolah arini...tak terasa 5 hari dah berlalu.Anak yg sulung pula patutnya masih ada peperiksaan akhir tahun yg perlu dibuat tetepi terpaksa ditunda kerana ada berlaku kes histeria.
Sepatutnyer juga ada 'birthday' yg patut diraikan.....tapi apakan daya 'badget'tak mengizinkan.Happy bithday to irham( 9 okt )n ikhwan (13 okt)...ibu n ayah cuma sediakan sedikit makan malam yg agak istimewa.Itu jer......without cake!Moga bertambah usia kalian...anak2 ibu menjadi anak2 yg tabah menghadapi kehidupan n lebih bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini,amin.Terima kasih juga kerana memahami situasi kehidupan kita.
18hb.okt,ilyas adam ada 'check-up'kat klinik n kena suntikan 3 serangkai.Kuatnya anak ibu ni...tak nangis pon siap bole tengok lagi masa jururawat suntik tangan sebelah kanan,alhamdulillah.Tapi.....berat badan masih lambat kenaikannya.Bulan lepas 8.5kg n bulan ni pon masih 8.5kg!Bayangkan masa lahir beratnya 5.18kg n dlm masa 1thn 5bln baru 8.5kg bermakna,hanya naik 3kg lebih dlm masa 1thn lebih?So temujanji akan datang ialah bulan dec.28th.Patutunya 6 bulan lagi baru gi klinik.tetapi disebabakan masalah berat badan yg lambat naik....jumpa lagi bulan depan!

inilah anak ibu yg berat badannya 5.18kg masa lahir....apapon alhamdulillah sihat n aktif.Paling suke ngan bola.Ini baru merampas bola dari abang2nya yg tgh berlatih kat tgh padang!haru biru jadinyer..hahaha!
Inilah aktiviti aku sekarang ni.....mengait!Comel tak bag duit 'kaitan'ini?Tidaklah pandai sangat,tapi aku suka mencuba.
Ciannyer anak ibu....terlentok lepas kena suntikan n makan ubat demam.......


.....hampir sudah penghujung 2011,pantasnya masa berlalu.......jumpa lagi!!!

Sabtu, 22 Oktober 2011

AURAT wanita-1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Jumaat, 21 Oktober 2011

kisah bayi ajaib

Jam dah hampir pukul 1 pagi...mata masih belum mengantuk.Anak2 semua dah lama dibuai mimpi.Ayahnya pula tak balik malam ini sbb nnt subuh ada 'pick-up'kat KL.Hari ini dari subuh membawa ke tengahari...hujan.Panas sebentar,kemudian petang hujan lagi sampai ke malam.Alhamdulillah....sejuk sikit sbb dah 2@3 hari mmg panas sgt.
Minggu ni kat tv,suratkhabar @ fb....banyak kisah sedih pasal baby.Bila tengok foto2 yg tertera .....tak tahu mcmna nak gambarkan perasaan ini.Rasanya terlalu sedih utk diluahkan.....Bukan nak persoalkan mcmna 'hati'mereka ini yg bertindak sedemikian rupa tetapi....moga2 allah swt jauhkan dari dugaan sedemikian rupa buat aku dan keturunanku....
Cuba bayangkan perasaan seorg bayi.,yg mungkin kita fikir tak tahu apa2.Sebaliknya cuba baca cerita dibawah ini...









ALLAH MAHA BESAR

Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :)
By: fb

-BAYI SEBESAR INI PUNYA RASA ERTI KEBAIKKAN ORG,MCMNA PULA PADA MEREKA YG MENGABAIKANNYA n MENYEKSANYA.......

Selasa, 18 Oktober 2011

cabaran!cabaran!ngan 6 heroes....

Hari ini anak2 aku yg sekolah rendah akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.Iqbal,Ikhwan n Imran ...ibu doakan kalian mudah n tenang menjawab soalan2 yg akan dijawab.Setelah beberapa bulan bersama mengulangkaji.....harap tidak sia2 pengorbanan kita....
Menghadapi anak2 dgn pelbagai peringkat usia...mmg menguji keimanan.Aku dibesarkan dgn abang2 sehingga usia ku 12thn...lepas tu seorg diri sbb semuanya dah kahwin.Aku rasa ,aku ni tak byk kerenah sbb mungkin aku perempuan yg hanya memerap kat umah.Kawan2 pula hanya waktu sekolah selebihnya kat umah.Kebetulan kawasan yg aku tinggal pd masa tu kawasan org cina jadi...mmg takde kawan utk lepak kecuali anak2 jiran berbangsa cina,india n benggali,yg berlainan sekolah.Kalau ptg main kat tmn pon dgn anak bangsa lain ...so takdelah nak merayap-rayap.
Kalau skrg....anak2aku,kawan2 sekolah n kawan2 permainannya adalah org yg serupa.So...akal pon pjg!Dekat sekolah dah jumpa...main nnt jumpa....waktu mengaji mlm @ ke surau jumpa lagi......aku pula yg rasa rimas!
Aku nak anak2 aku bebas n rasa dunia keseronokkan kanak2(..yg mungkin aku terlepas)...tapi pada masa yg sama tidak melakukan perkara2 yg tak sepatutnya.
-tidak mengabaikan solat
-tidak mudah terpengaruh ngan rakan2 yg buat benda tak senonoh
-sibuk nak 'bercouple2'
-mengabaikan pelajaran
-dlm diri tertanam displin!!!
....kekadang tu dah penat n berbuih mulut......tapi tak juga menjadi!...contohnya kat umah ni aku akan pastikan anak2 mandi sebelum azan maghrib.Dah sampai azan...semua pakat berebut nak masuk bilik mandi,so masa tulah pakat juga nak bergaduh!Dah riuh rendah jadinya.Kalau disuruh...jawabnya...jap!jap...lagi ibu!....so ari ni aku jumpa sesuatu yg mungkin bole membantu aku....@ mungkin juga anda ingin berkongsi ilmu......moga bermanafaat.,insyaallah.




6 cara mudah membuat anak merasa sayangi

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.     Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

Biodata Kolumnis

Jamilah Samian adalah Trainer Professional yang ditauliahkan oleh Institut Pengurusan Malaysia.  Beliau adalah seorang Neuro Linguistic Programming Practitioner (NLP) berdaftar dengan American Board of NLP. Buku-buku beliau termasuk IBU KOOL BAPA HEBAT, ANAK LELAKI KOOL & HEBAT dan TIPS GROOVI MENDIDIK GENERASI Y & Z. Layari laman web beliau di http://www.myriadventures.biz dan http://coolmumsuperdad.com



Isnin, 10 Oktober 2011

sahabatku....WAN FATIMAH

Alhamdulillah....akhirnya demam beransur pulih cuma selsema jer yg tinggal.Tadi dapat sembang dgn sahabat lama kat fb.Sahabat lama ni dah hampir 23thn tak pernah berjumpa.Wan fatimah namanya...jauh di utara-kulim,kedah.
Masa mula2 kenai...
1987....aku baru tukar ke sekolah men convent,bkt.mertajam dari sek.men convent butterworth.Walaupun kami tak sama kelas....tetapi yg buat kami kenal kerana sama tempat tution.Wahab tution.....mmg hebat masa tu!Oleh kerana keramahan n rendah diri yg ada pada diri wan....mmg suka n senang bersahabat ngan empunya diri yg bernama WAN FATIMAH.
Antara yg menarik...semasa persahabtan ni...mcm2.Kami pernah bersama2 berlatih tuk pertandingan nasyid...wan ler tukang ngajarnya.Suaranya...ada ciket2 bunyi arab.Itu yg sedapnya.......antara dendangannya yg masih aku alunkan sampai skrg lagu....(empunya lagu sebenar....lupa!)....'ilmu itu bekal kita....didunia akhirat jua....'Satu muharram........dll.Masihkah wan ingat kita bertanding kat sek men penanti.....kalah @ menang tak kisah,janji berani mencuba!
Dan jangan tak tahu.....pemenang ratu kebaya kat Wahab tution.Fotonya jug masih aku simpan kat penang.....
Sesekali dapat berjumpa sahabat yg membawa kenangan lalu mmg rasa terusik jiwa ini.Masa tu muda belia...yg tahu rasa nak seronok jer...tp pd batasnya.Seronok2 pon setakat gi ronda pekan bukit mertajam.Rindunya pekan bukit mertajam!juga...pada sahabt2dibangku sekolah.

Ahad, 9 Oktober 2011

Ketahui Perkara Yang Isteri Tidak Suka Haaa… Ni khas untuk para suami. jangan ambil mudah perkara sebegini kerana ini penting untuk kebahagiaan berumah tangga. Rasullullah SAW bersabda:- “Nasihatilah isteri kamu dengan cara yang baik. Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk yang bengkok.Apabila engkau biarkan, ia tetap bengkok. tetapi jika engkau luruskan, ia akan patah.Maka nasihatilah ia dengan baik”. (Riwayat Bukhari) Maka dengan itu suami perlulah tahu mengenai perkara yang isteri tidak suka .. antaranya ialah :- 1- Bertindak Kasar Isteri tidak suka suaminya bertindak kasar,sama ada melalui perbuatan atau percakapan kerana wanita adalah manusia yang lemah lembut sifatnya. Oleh itu suami perlulah melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukai perasannya. 2- Tidak Menghargai Isteri Isteri tidak suka suaminya tidak menghargai usaha yang dilakukan isteri seperti isteri berhias dan memakai baju baru sedangkan suami tidak memberi apa apa kata penghargaan atau ucapan yang menunjukkan suami menghargai apa yang dilakukan isteri. 3- Membangkitkan Kelemahan Isteri tidak suka suaminya menyebut atau membangkitkan kelemahannya sekalipun dengan niat bergurau. Terutama di depan orang lain. 4- Bicara Perihal Poligami Isteri tidak suka jika suaminya bergurau yang melibatkan perihal poligami . (Gurau-gurau pun tak boleh maa.. jgn main main.. fitrah pompuan/wanita ni tak suka suami dia di kongsi..) 5- Memandang Wanita Lain Isteri tidak suka suaminya memandang wanita lain di depan isteri walaupun secara tidak sengaja. Ini akan melukakan hati dan perasaannya serta menimbulkan rasa cemburu dan kecewa dalam diri isteri. 6- Memuji Wanita Lain Isteri tidak suka jika suami memuji kecantikan, layanan atau pilihan wanita lain.(apa jadahnya.. ada isteri tapi masih puji org lain.. ) 7- Suami Kedekut Al Bakhil Isteri tidak menyukai suaminya yang kedekut dan bakhil kerana rumah adalah segala galanya bagi isteri. Oleh itu sebagai suami pastikan keperluan isteri,anak-anak disediakan secukupnya mengikut kemampuan nya. 8- Tidak Memberi Perhatian Isteri tidak menyukai sikap suami yang tidak memberi perhatian yang istimewa kepadanya ketika sedang sedih ataupun sedang sakit. 9- Suami Bersangka Buruk Isteri tidak suka jika suami tidak mempercayainya, bersangka buruk ataupun menuduh yang bukan-bukan. Perbuatan sebegini akan memberi kesan yang berpanjangan serta menyakitkan hati isteri. 10- Meninggalkan Isteri dalam Jangka Masa Lama Isteri tidak suka sekiranya suami meninggalkan keseorangan di rumah dalam tempoh yang lama. Terutama ketika pasangan itu belum lagi dikurniakan anak/ cahaya mata. 11- Tidak Amalakan Ucapan Selamat atau Bersalaman Isteri tidak senang dengan perangai sumai yang tidak mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman setiap kali meninggalkan rumah. 12- Selalu Mengugut Suami selalu bertengkar dan mengugut untuk menceraikan isteri. Perkara ini juga amat tidak disukai oleh isteri. 13- Lupakan Tarikh Penting Isteri tak menyukai suami sekiranya suami tidak mengingati tarikh-tarikh penting seperti tarikah perkahwinan, ulang tahun kelahiran? dan lain-lain lagi. 14- Jarang menghubungi Isteri Apabila Kejauhan Isteri tidak menyukai sikap suami apabila berjauhan jarang enghubunginya melalui telefon ataupun sms. Kesimpulannya:- Selain dari perkara diatas.. banyak lagi perkara yang patut difikirkan oleh suami demi menjaga keharmonian rumah tangga dan menjaga hati isteri. Oleh itu suami perlulah kreatif, bersikap rasional dan tanamkan sikap sayangkan rumahtangga.Insyallah semuanya dalam keadaan baik jika perkara diatas berjaya diatasi oleh pihak suami… ********************** By: Umiliya Tupperware

Sabtu, 8 Oktober 2011

...bersamamu...demam,selsema n batuk

DEMAM....dari semalam bersama selsema n batuk.Sampai ke petang ni....adam n iman pon dah 'start'meleleh hingus.Beberapa biji panadol dah di telan tapi masih sekejap ok sekejap ko!
Dalam pada demam-kebetulan pagi tadi sukan tahunan di sekolah anak2 ku....masih sempat gi jenguk budak2 tu,walaupun semua acara yg diambil anak2ku tak dpt aku saksikan...kesian depa.Imran dapat 4 medal n iman dpt 2 medal.Imran ada juga masuk acara senamrobik...tak dptler nak tgk dia'bergelek'.
Dalam pada hingus tak henti meleleh-terpaksa juga masak,basuh kain dll spt biasa.....itu pun umah dah mcm tongkang pecah.Dah tak larat nak nyuruh anak2 ni tolong...buat tambah sakit kepala n sakit tekak.
Sepatutnya ,ayahnya cuti minggu ni tp tetiba 'pengganti'nya pula ada hal.Jadi terpaksalah kerja!kerja!Rancangan tu sebelah ptg setelah habis anak2 bersukan...nak ler jln kat alamanda,putrajaya...ahadnya pula nak bawa anak2 swimming....tp apakan daya.Kita merancang....Allah jua yg menentukan.SesungguhNya perancanganNya itulah yg terbaik......
....kan aku n anak2 pun tak berapa sihat....so lebih baik rehat kat umah!
-kat atas ni foto imran n 4 medal & iman n 2 medal....

Khamis, 6 Oktober 2011

...peringatan....buat yg ada kenderaan

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…
~LB~

kisah iqbal n adam

Setiap hari ada jer...'ragam'adam nie.
Konon2nya nak manja kat abang irham ler nie....
S

Walau seribu kali jatuh terduduk.....masih berusaha utk berlatih berjalan....
ilyas adam....ngan kasut baru sempena dah boleh berjalan 'laju'
ini iqbal....pada hari selasa lalu telah mengikuti rombongan sambil belajar sempena dah selesai UPSR...
Lawatan itu ke...Aquria KLCC,tour dommino pizza kitchen,kilang coklat n tempat pengeluaran majalah ana muslim....juga singgah solat di masjid negara.
ops!adam...lagi!nak belajar menyapu umah....

..........rajinnyer anak ibu!

Berita Harian Online | Humban bayi ke laut takut kena tangkap

Berita Harian Online | Humban bayi ke laut takut kena tangkap

Rabu, 5 Oktober 2011

Cuaca pagi ni agak suram  di bdr.baru salak tinggi,sepang.Sesuram orangnya......
Mempunyai 6 orang anak lelaki......yg harus diurus setiap hari,aduh!....namun apakah yg lebih membahagiakan seorang ibu dari melihat anak2 membesar di depan mata.?
Dengan 6 org hero ini n termasuk ayahnya...jadi 7 hero,kat umah...saya rasa ...i'm the 'super',hahaha!
Bayangkan dgn berbagai ragam n kerenah yg terpaksa dihadapi setiap detik!Kalau tak cekal,tabah,sabar....yakin dgnNYA....pasti'down'.Selalunya kalau aku rasa hampir2 nak'down'aku kuatkan semangat......ada org lain yg lebih teruk diuji...n ujian itu kerna kasihNya,utk meningkatkan iman....hidup sementara,disana kekal abadi.
cerita pasal anak2 ni...mmg tak habis!ada2 jer......
....yg sulung,skrg ni bercuti krn'PMR'....dok umah jer asyik ngadap tv tak pon laptop!Ingatkan nak hantar 'keluar 3 hari'....tapi pakciknya dah keluaq minggu lepas.So buatkan peraturan cuti...kena solat maghrib n isyak kat surau.....dah ke surau jumpa pulak geng!...mcmmna nak ngelak!Kalu disekat sgt pon takut ke lain pulak!..selama ni pon kalu nak kemana2pon...dia musti mint izin...n minta izin nak main gitar ler pulak!
Dan sebenarnya.....aku takut dia 'lalai'.nauzubillah!
...yg kedua tu pula lain'peel'nya.....nak buat ape2.....dah buat, baru cakap!nak ajak kekawan dtg umah,nak main bola,nak main basikal....dah jemput n puas main,baru......ibu,tadi ba gi main bola!aduh!kalu bab berpesan......dah satu baldi ntah dah berbaldi2 air liur!.....bab ambik hati ibu pon mmg 'hebat'.ibu...nak suruh ape2?...ibu....nak ba tolong picitkan kaki?hmmmmmm....
...yg ketiga ni pulak....ada 'hangin'tersendiri....tapi jgn cari pasal,abg @ adik  tak pasal2 kena'dush!dush!' kalau di cakap tak bole....nnt ditanya knpa abang bole?knpa org tu ,org ni bole?aduhhhhh.....
buat masa ni yg keempat,kelima n keenam......masih mahu menurut apa2 yg disruh n tak byk kerenah...mungkin mrk masih kecil @ takut kena marah!
Perbezaan anak2 juga semakin aku terasa,yg ini nak kena layan begini,yg lain pula nak kena layan begini....mugkin juga aku tak'sedar'bahawa anak2ku semakin membesar!Mungkin juga kerna terlalu 'takut'nak melepaskan......
....apapun syukur pd Allah swt atas kurniaanNya.....anak2 ini menurut kata.
apakah yg lebih membahagiakan seorg ibu pabila melihat anaknya tersenyum gembira,seronok berkongsi cerita setiap detik yg mereka lalui?
adakalanya...cerita2 mereka ini,yg tak seronok @tak 'sesuai'.....terpaksa didengari.Kalau dibangkang awal2,kelak mrk takkan berkongsi 'cerita',ini lebih parah krn aku tidak akan tahu aktivit anak2.So...biasanya dlm 'gelak'aku...'ingatkan'@ nasihat,kalu serius sgt mmg aku akan guna kuasa 'veto'.....mugkin kat luar sana ada tips yg lebih hebat dlm mendidik anak @ berkonsi cerita.....




ilyas adam dlm mencuba berdiri n berjalan....entah brpa kali jatuh terduduk...tp masih terus mencuba.....yg pastinya baby ibu ni dah boleh berjalan.....
moga ibu juga setabah adam,yg tidak kenal erti putus asa!

Selasa, 4 Oktober 2011

...oh!dunia.....

Sudah baca surtkhabar pagi ini?Hari ini suratkhabar kosmo......sebak sangat!Ada lagi kes pembuangan bayi...oleh seorg gadis muda seusia 19thn.Sedihnya....melihat seorg bayi yg dibuang melalui tingkap tingkat 2.Tak tahu sebenarnya nak gambarkan perasaan ini bila melihat mukasurat depan suratkhabar kosmo jenazah bayi yg berada dlm longkang flat tmn selayang segar2,selayang baru,gombak.
KENAPALAH...sampai,sampai,sampai hati sungguh!
Sudahlah terlanjur n berdosa.....kenapalah ditambahkan lagi membuat dosa?...mmg dah takdir,tp Allah berikan akal....pasti ramai kat luar sana yg mahukan anak itu.Kalau bagi kat aku pun...insyaallah aku terima.Mmg aku nak kalu ada org bagi aku anak terutamanya baby perempuan.Bolelah aku nak nyusu sekali,sementara anak kecilku dah hampir 1thn6bln nak diputuskan menyusu badan.
Anak bujang aku kalu ditanya,'nak tak ambik anak angkat kalu org bagi?jawabnya...ambik jer dari dibuang merata2'....Ayahnya pula mmg suka meramaikan umah!...yg pasti dgn izin Allah...kami mampu memberikan perlindungan n kasih sayang.....tetapi kalu kemewahan......hanya sekadar yg mampu,insyaallah.
Bukanlah menggalakkan apatah lagi bersekutu......yg telah terlanjur,pulanglah kepangkal jalan.Sesungguhnya rahmat n ehsanNya amat luas....dan yg pastinya Allah itu Maha Pengampun.
Moga Allah swt sentiasa melindungi aku,suami,anak2,keturunanku juga hamba2mu yg mengucapkan kalimah'laillaha illaallah dari segala kemungkaraan n jauhkan dari segala kemaksiatan.Kuatkanlah iman kami dan jgnlah diputuskan hidayahMu....
Dlm dunia yg serba kecanggihan ini......bila melihat luar dari pintu rumah tanpa'iman',spt berjalan dlm keadaan 'berbogel'.....

Ahad, 2 Oktober 2011

...bila tak bole tidorrrrr.....

tetiba terjaga...dah tak boleh nak lelapkan mata...sekarang dah pukul 4.15pagi,mungkin juga 'isyarat'supaya bangun tambahkan 'amalan'.subhanaallah....betapa kasihnya,ALLAH....thinks positf!
Tengahari tadi ada keluarga abang mat dari penang dtg utk 'transit'ke sarawak.Dah lama tak jumpa...seronok dpt sediakan lunch utk abg mat,anak menantu n cucu2 sebelum bertolak.Sesekali berjumpa terperasaan orgnya semakin dimamah usia.Ketika aku kecil....sabtu jer mesti nak ikut ke rumah abg mat utk bermain ngan anak2 buah.Kalau kat umah sunyi sgt sbb aku seorg jer....mak n bapak masa tu masih ada lagi.
Dua org anak buahku ini sebaya...so apalagi mmg best.Dulu mrk tinggal di kawasan seberang jaya,butterworth.Kawasan permainan kami masa tu adalah tapak kawasan mesjid seberang jaya skg.Dulu kawasan itu sangat lapang....helikopter pon pernah mendarat kat situ.Kalau ada apa2 keramaian @ ekspo...itulah tempatnya.Bila sesekali pulang kampung n singgah utk solat kat situ.....mmg terkenangkan tempat kami dok 'bergumpal'.
Pernah sekali tu,abg mat pulang dr australia bawa 'cenderahati boomerang'.Sepatutnya dibuat hiasan....tetapi krn semangat nak mencuba....kami curi2 ambik hiasan tu n bawa pergi main.Kat tapak mesjid tulah sejarah kami baling 'boomerang'.Huh!mmg best...bila baling...'benda'tu dtg balik.Sesampai bercalar...kayu tu...apalagi...mmg kena sound!
'My hubby'pon tak balik mlm ni.....ahhhhh....mata semakin cerah!
Anak2 semua tidur lena.....
Ambil wuduk..........

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT