Isnin, 28 Februari 2011

tetiba rasa sedih....

Hari ini temanku mengatakan sgt sedih dlm fb nya.so sad.....Aku tak bertanyapun ape yg menyebakan dia sedih,sbbnya....Hidup ini adakalanya kita akan rasa gembira dan adakalanya sebaliknya.Perasaan ini ialah pemberianNya dan kita hadapilah sebaik mungkin.Namapun hidup ini ujian...
Rasanya situasi ini semua org hadapi....aku nak cakap tentang yg dah berumahtangga...kerna ini lebih dekat ngan aku.
SEDIH....bila rasa sedih,semuanya tak seronok,semuanya hambar....bagi yg ada suami n anak perasaan ini selalunya tak ditunjuk,.simpan sorang2 sbb tak nak ada yg terasa dihati ,tak nak buka pekung didada atau takut dikata mengada2.Atau ...org tu tak dengar pun apa yg nak diluahkan.
Mungkin juga memasuki usia yg begini menjadikan kita lebih sensitif.Kena tegur sikit dah terasa dihati...tambahan pulak kalu ada kata2 keramat dari teman...lagi lah sedihnya.Pusing kiri,pusinga kanan..terngiang2 ucapannya.Adakalanya.....tetiba meleleh air mata.Dan kekadang musibah yg datang tu bertalu2 dlm satu hari...lagilah mengelabah nak hadapinya.
Memangpun kena tarik nafas dlm2 dah tu dekatkan hati ini pdNya.Anggaplah ujian yg dtg tu penghapus dosa2yg ada @tanpa kita sedari...

Selasa, 22 Februari 2011

MELANGKAH KE DUNIA USIA 40AN

Baru2 ini teman aku sudah melangkah usia ke40.Apa rasanya?mungkin juga tak rasa apa2pun sbb benda tu tak nampak dan tak rasa..Tapi biasanya bila kita tak berjumpa lama ngan seseorg...org itu lebih nampak perubahan kita.Mcm baru2 ini aku jumpa ramai kawanyg sama sekolah d'laman facebook yg mana hampir 20thn tak jumpa....mmg terasa perubahan.Masa berpisah dulu masing2 baru 17thn,semuanya masih muda,cute meut, kini....dah 40 thn, bukannya dah tak lawa atau cantik tapi pesona wajah tu dah semakin matang,mcm tak caya pulak umur dah begini.,tapi itulah hakikat kehidupan.
Walau secantik mana atau nampk semuda mana...umur tetap melangkah tanpa boleh di sekat.Hakikatnya kita
semakin matang.Dalam menempuh hari2 yg mendatang,rasanya keyakinan dan keupayaan diri semakin hebat!!!
Kini anak2 semakin membesar,barulah ada sedikit masa utk diri sendiri.Tambahan pula setakat menjalankan perniagaan begini tidaklah terlalu meletihkan.
Setelah melahirkan muhammad ilyas adam 10 bulan lalu,aku belum check lagi kandungan gula ku ini.Sakit lutut semasa mengandung sampai skrg pun belum pulih sepenuhnya.Inilah yg membimbangkan aku.Tambahan pula berat badan yg semakin anggun ini.Ramai juga yg tegur aku namapak kurus sedikit...adakah kerana kandungan gulaku semakin tinggi.?Ada yg mengatakan kalau gula terlalu tinggi badan akan jadi kurus.betul ka?moga2 gula ku maintain.
Bukannya aku tak nak gi check,ada anak kecik yg menyusu badan pulak tu membuatkan pergerakan terbatas.Faham2 ajelah kalu gi GH,sekejap kat sana sekejap kat sini....ah....tak larat!!!Buat kena tahan kat hospital mau pengsan ayahnya nak nyusuksn baby.
Bila pandang baby ku ini...sayu d'hati.Dgn keadaan kesihatan begini mampukah aku melihat dia dewasa?Bayangkan umur baby ni setahun aku pulak dah 40tahun...Masa dia nak ambil UPSR nanti,aku dah 52thn.Mamapukah lagi aku duduk mentelaah disisinya....Ini cuma bayangan aku sebagai manusia yg lemah dgn kebimbangan.Sepatunya aku lebh yakin dgn apa jua ketentuannya....Allah itu lebih mengetahui..
Kita hanya merancang...allah jua yg menentukan......Moga dgn izinNya kesihatan ku semakin bagus dan apa jua ketentuanNya aku bersyukur berada di sini.
Dengan perjalanan hidup yg melalui onak dan duri sebenarnya menjadi aku seorg yg sgt tabah.Menghadapi hidup dgn kehilangan org2 yg tersayang...melalui hidup tidak selalunya indah membuatkan aku lebih menghargai insan2 yg ada di sekeliling.
Kasih sayang yg Allah titipkan buat suamiku utk d'limpah buat aku dan anak2 adalah yg tak terucap syukur pdNya.
Apabila diuji kesusahan dan kebimbangan...muhasabahlah diri,jgn biarkan air mata jatuh kerna kebodoahan sendiri,Senang,mewah,gembira ...itu juga ujian.Apapun situasi kita selaulah ingat pdNya...kerna hidup ini sementara utk menghadapi di hari yg kekal,insyaAllah.

Rabu, 16 Februari 2011

Mengurus anak-anak disamping Busana Ikhwan

Apabila habis aje cuti sekolah penggal ke-3,disember lalu...maka bemulalah kesibukan mengurus anak2 ke sekolah dan hendak berniaga.
Alhamdulillh,muhammad irham dah balik semula ke asrama maahad tahfiz kiblah,dengkil.Dah tu yg sekolah rendah pulak iqbal,ikhwan dan imran.Iman pula masuk pra-KLIA.Hanya ilyas adam kat umah ngan sya.
Kalau cuti sekolah anak2 yg selalu jaga kedai.Maka itu dptlah saya nak kemas rumah dan memasak.Anak2 pula ada giliran jaga kedai.Selalunya tiap org ada 2hari dlim seminggu buka kedai.Kalu buka kedai, biasanya dari pukul 10.30pagi -2.00tgh.syif ptg akan jaga sampai pukul 7.00ptg.
Upahnya ..dpt buka internet atau main ps2.
Kalu shah ada pick-up awal pagi terpaksalah saya yg hantar anak2 ke sekolah.Selalunya ilyas adam(10bln) akan bangun waktu subuh ,sebab riuh rendahnya abang2nya nak bersiap ke sekolah,tapi kadang2 tidur tak sedar diri kalu di usung pun tak jaga2.
Balik dari hantar sekolah,biasanya tidukan baby balik....silap2 saya pun bantai tidur sekali.Biasalah anak menyusu badan.Sementara baby tidur(dlm sejam @ 1/2jam)masa inilah nak mengemas umah dan masak.Kerja mesti pantas....kalau sempat seterika baju sekolah agama anak sekali.Kalu tidak anak2 balik dari sek.keb.baru seterika sendiri.kesian juga...penat dan kelam kabut.
10.30 pagi dah turun ke bawah buka kedai.Saya dan keluarga tinggal diatas kedai.Dah tu nak kena vacum @ sapu kedai,kemas sikit2...sambil ngok fb.
11,30 pagi tutup kedai jap nak gi ambil iman danish balik dari sekolah.
lepas tu buka kedai balik sampai pukul 1 tgh.Nak gi ambil ikhwan dan imran pulak.Balik umah,mandi2 makan...hantar ke sekolah agama terus ambil iqbal dari sekolah pulak.Buat masa ini iqbal balik lewat sejam kerna ada kelas tambahan utk menghadapi  UPSR.
Selepas itu barulah buka kedai sepenuhnya sampai pukul 7 mlm.Tapi kerja seorg ibu belum habis lagi....
Dah naik atas (balik umah )nak kena siap mkn mlm pula...nak ngok kerja sek.anak..paih tu baru ler bole rehat.....Kalu ayahnya pula balik lewat...dah nak kena bangun ngok apa yg patut....penatnya seharian tapi tak kurus2kukkkk

Selasa, 15 Februari 2011

SAYA DAN BUSANA IKHWAN

...Saya memang suka berniaga.Dari sekolah dah mula berniaga kecik2.Pernah bawa ke sekolah jual nasi ,subang,kerosang,kad hari raya dan juga penanda buku yg di buat sendiri.Pernah sekejap kerja dlim pejabat....agaknya mmg tak sesuai dgn saya yg rimas duduk dan menghadap komputer.Akhirnya saya dan shah bukalah warung roti canai kat Keramat au2.Iulah perniagaan yg mula2 kami berdua jlnkan.Shah tebar roti canai,sya buat nasi lemak.Baru nak maju,tuan kedai minta balik kedai....(thn 1997,masa itu tgh mengandung muhammad irham -first son.)
Hidup di KL ,tanpa pendidikan yg tinggi bukanlah mudah dan seronok spt,dlm drama tu.Dengan sarat mengandung saya pun tak dpt nak mulakan perniagaan itu semula.Akhirnya shah buat keputusan utk berniaga kerpok lekor terengganu asli.Masa itu keropok lekor masih baru dan belum ramai yg menjualnya di KL.Stallnya shah buat sendiri...alhamdulillah perniagaan sungguh memberansangkan.Percaya atau tidak dgn menjual keropok lekor tu lah kami dpt himpun duit utk beli kereta yg pertama.
Kita merancang....allah jua yg menentukan...dan setiap ketentuanNya pasti ada hikmah.Oleh kerana sesuatu sebab yg tak dpt di terangkan perniagaan itu diserahkan pd adiknya (sudah hampir 15thn..tempat itu masih ada adik shah berniaga)
Dan disebabkan percaya..rezeki ada dimana2....kami mulakan perniagaan di pasar malam.Pada masa ini setiap pasar mlm ramai pulak yg berniaga keropok lekor.Persaingan ini membuatkan kami berhenti utk berniaga di pasar mlm,kebetulan pula saya kematian anak yg kedua.Muhammad Firdaus.Baby ini lahir cukup bulan tetapi lemas(Julai 1998)
Kehabisan modal utk berniaga dan sya pula tak dpt membantu....shah pun terpaksalah cari kerja.Jln Tunku Abdul Rahman(TAR)...disini lah shah mencari rezeki selama hampir 7thn.Bersama Shalani Carpet,shah buat sale dan marketing. Saya pula melahirkan anak yg ke-3 Muhammad Iqbal (1999)dan ke-4 ,Muhammad ikhwan(2000).Ahli keluarga yg bertambah terpaksalah mencari wang yg lebih.Masa itu kami tinggal di kawasan Gombak BT.10.Tapak tanah yg kami beli itu kebetulan depan jalan dan bekas org berniaga.Apa lagi....berniaga ler.Depan diubah suai utk kedai kopi dan belakangnya pula tempat kami tinggal.Shah masih tetap kerja di KL.Saya berniaga nasi lemak dan roti canai dari pukul 7pagi sampai 12 tgh aje.Pagi 2 shah akan tebar roti sampai pukul 9 pagi lepas tu baru pergi kerja.Masa itu saya tgh sarat mengandung anak yg ke-5.Tiap2 hari pukul4.30 pagi,saya dah bangin unutk sediakan nasi lemak ,panaskan kuah roti canaidan masak air.Oleh kerana kepenatan  dan kandungan gula ku yg semakin menaik 2kali aku di tahan dlm wad.Alhamdulillah perniagaan ini juga di bantu oleh ibu mertuaku dan adik ipar.Alhamdulillh syukur kerana aku selamt melahirkan dgn mudah anak yg seberat 5.19 kg.(Muhammad Imran-ogos 2003ke-5)Oleh kerana kepercayaan dan kebolehan shah..kami diberikan rezeki yg tak di sangka2 oleh bosnya.Syukur pd Allah swt....sebuah apatment di mutiara magna,kepong dihadiahkan buat kami.Kami duduki rumah itu 10 hari kemudian saya melahirkan anak yg ke-6 Muhammad Iman Danish-2005.Dgn anak yg kecil ini sukar utk aku berniaga.Tumpuan juga harus pd anak2.Masa ini anak yg pertama dah tahun 3 dan yg kecil pula baru 2thn.Shah pun pada masa ini dah berhenti dgn Shalani Carpet.Untuk menyara anak seramai 5 org dgn saya yg tidak bekerja...mestilah mencari lebih.
Dgn sedikit modal Shah membeli kereta limosine.Maka bekerjalah sebagai pemandu limo airport di KLIA.Pada masa ini juga saya diberi peluang utk berniaga di restoran,sepang.Hampir 2 thn juga kami mengushakanya sampai saya keguguran -2008(kandungan 2 bulan ke-7)Mungkin kerana faktor usia dan terlalu penatJuga kerana ada aset rumah di kepong,kami pun menjualnya dan membeli rumah kedai di Bandar Baru Salak Tinggi.
Kudrat yg semakin krg....dah tak larat nak berniaga masak-memasak ni..maka itulah berniaga barang2 keperluan muslim....jubah lelaki kurta,telekung,kain batik kain telekung,atar...dan mcm2 lagi.
Rezeki yg tak disangka saya mengandung utk kali yg ke-8 pada usia 39thn.Muhammad Ilyas Adam 2010 seberat 5.18kg.kali ini kelahiran melalui pembedahan.Dan saya akan terus berniaga ...disamping mencari rezeki membantu suami juga kerana saya suka melakunkanya.......insyaallah amin.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT