Rabu, 29 Jun 2011

iman dengan basikalnya.....*( *~* )*

aduhhhh....nampak jer basikal @ sesiapa yg naik basikal melintas depan dia..."ibu!bila nak belikan basikal!,ibu!bila nak belikan basikal!.....kebetulan kedai secondhand kat bawah umah ni baru sampai barang.Antara barang2nya ada 2 biji basikal.Orang kedai tu pula displaykan basikal tu betul2 depan pintu umahku.Apa lagi...lagi kerap ler dia 'merenget'.Okey ler....Dgn harga rm30.00,dptlah iman sebuah basikal idaman.....aman dunia!.

*{*~*}*....happy birthday iqbal.......


Selamat hari lahir yg ke-12.Ini anakku yg ketiga (yg kedua meninggal dunia) MUHAMMAD IQBAL BIN MOHD SHAHBUDIN.Anakku ini dilahirkan pada hari selasa selepas isyak.Dilahirkan di Klinik Sulaiman,Greenwood,Gombak.Ini ialah foto semasa sekolah pra-keb.manjalara,kepong.
 ngan adik kesayangan ilyas adam
 iqbal mmg minat bersukan terutama bolasepak.....
 masa ini umur antara 3 1/2tahun bersama abang irham di gombak.
 juga suka bergaya...
 hobi utama memancing...ikan pacu yg dipancing sendiri!
 tak ketinggalan....hobi utama!
 teman'gaduh'macam cat n dog.....
 semakin besar.....dah boleh tolong jaga adik.
aksi yg paling mahal.....kalu dah keletihan...mana2 pon bole 'landing'!

Isnin, 27 Jun 2011

*^*^*kenduri ! kenduri !*^*^*

mak ngah(adik ipar aku)ngan anaknya mar sibuk memasak utk kenduri.

Ini 'gang'marhaban gombak bt.11,selesai membaca yasin n tahlil.

menjamu selera...
24hb.jun 2011,yg lalu rumah'ibu mertuaku'adakan kenduri bacaan tahlil n bacaan yasin,mengambil keberkatan bulan rejab ini.Sepatutnya aku n anak2 bertolak pukul 10 pagi,tapi faham2 jer..lah ngan kain baju n anak2...pukul 11.15pagi baru dpt bertolak.Ayahnya kerja dan akan turut serta dari tempat kerja kelakOleh kerna kenduri itu akan di adakan hari jumaat...maka pontenglah anak2ku dari sekolah.Kebetulan sekolah kebangsaan dan sekolah agama,baru habis peperiksaan maka ....takpelah sekali sekala ponteng!Biasalah kalu aku yg bawa kereta...tempat yg sepatutunya sampai 45 minit jadi 1 1/2jam...biar lambat asalkan selamat.Setelah sampai ke Gombak bt11,terus jer hantar anak2 solat jumaat,paih tu baru gi umah nenek mereka.Anak2 paling seronok kalu kenduri sbb dpt bertemu ngan nenek n sepupu2 mereka.

ini iman ngan anak paksunya arif n akhbar.
seronok adam dilayan kakak sajidah n nenek.
Esok tu pagi 25hb.jun 2011,selepas sarapan kami pun bertolak pulang ke sepang.Ini kerana ada jiran lama semasa tinggal sewa di Kg Baharu Lanjut,adakan kenduri kahwin anaknya di Banting.Sampai jer kat umah,ayahnya telah menanti kami.So,ayahnya ler pula pandu kami ke sana.First time kesana,teruk juga mencari tempatnya.Hampir 15 minit pusing punya pusing ngan sekejap2 call tuan umah...akhirnya sampai juga!Tuan umah Encik Zul n Chik Ju....meraikan perkahwinan anak sulung mereka..kak long!Chik Ju ni,org utara..jadi bila jumpa...habih tekeluaq cakap utara ler...mai!mai! masuk.......(hahah!)
gambar beramai2 ngan pengantin n mak pengantin.Lebih kurang pukul 3.30petang batu sampai umah!

Ahad, 26 Jun 2011

little shoe for my little baby.....

Baby???Dah setahun...baru dapat belikan kasut.Itupun buat hiasan jer dikaki sbb tak bleh jalan lagi.Skrg umur baby adam dah setahun 2bulan.Kalau duduk dlm 'walker'mmg laju berlari..siap boleh main kejar2 ngan abangnya ,iman.Kasut ni ayahnya belikan ....cepat adam!cepat!nanti boleh ler bergaya ngan kasut baru....

Khamis, 23 Jun 2011

...motor satu!

bila nak?nak jenis yg mcmna?skrg juga ibu belikan.satu cukup....?
Anak2...bila mula nak membesar,lain pula cara n permintaanya.Kena pula kawan2 semua ada motor...bimbang walaupun anak lelaki.Ceritanya nak main futsal....bagus juga utk aktiviti riadah.Teperuk kat umah asyik menghadap 'internet'risau juga.....So adalah kawan2 yg 'setia'pagi2 dtg ambik hantar.Janji pukul 9.30 pagi dah ada kat umah.Hari pertama ,ok.Hari kedua,ok.Hari ketiga ok.Hari keempat ko!Lambat sbb gi umah kawan tolong wat 'kertas kerja'.Hari kelima...9.30pagi mmg blik tepat waktunya tapi keluar balik nak temankan kawan beli minyak.Dah 10pagi.....tak balik2 lagi!Ayahnya ada juga 'intai' dlm perjalanan ke kerja.TAPI tak nampak pun tempat yg sepatutunya main...bola,bila tanya ...main kat lain, padang penuh.waallah...
Setahu aku ,anak ini tak suka berbohong ngan aku.Aku tak nak byk soal....aku percaya.....tapi dlm itu aku juga musti bertindak!
Sayangkan anak.......aku nak mrk merasa seronoknya hidup disamping jgn coba2 melakukan apa yg Allah murka.Selalunya aku berpesan pd anak2...nak buat sesuatu fikir,Allah,suka @tidak.Ayahnya pula sekali sekala'berceramah'juga tapi lebih 'open'.....
Anak tentulah tak seronok bila kata...tunggu sampai dpt lesen,baru bole beli motor!
Sayangkan anak......dah terangkan sbb2nya....moga dia mengerti.
Sayangkan anak......esok ibu hantar n ambil lepas main futsal!
betulkah tindakkan aku ni yer....????

Rabu, 22 Jun 2011

<(*~*)>...mula berdikari


kadangkala tanpa kita sedari anak2 kita membesar setiap detik.Untuk pertama kalinya aku membenarkan baby adam makan tanpa dibantu.Rupa2nya ...dah pandai makan n kunyah sendiri.Selama ini aku akan rendamkan biskut itu dlm air susu @ aku akan berikan selepas aku kunyahkan!Selepas ini aku tak perlu lagi membantu bila adam makan,cuma perlu melihat supaya tak tersedak@tercekik.Sedekit demi sedikit aku melepaskannya.......

###..AYAM MASAK HALIA..###

Bahan-bahannya :-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
-semua bahan diatas dihiris halus
4 camb minyak masak
garam,perasa

CARANYA...
mula2 panaskan minyak.lepas tu goreng ayam yg telah digaulkan dgn garam.Agak2 ayam tu dah kekuningan boleh ler diletakkan bahan2 yg telah dihiris halus.Kalau inginkan 'basah2',tuangkan 1/4 gelas air.Pastu bole ler letakkan bahan perasa n garam ikut selera.....

Selasa, 21 Jun 2011

IKBN PERETAK....yg dirindui

 KELAS MASAKAN DAN KATERING(MDK)2/94
GENG PARTI CAP PAYUNG
 teman2 yg dirindui...hasnira n kak hanisah
 masa perkahwinan aku kak hanisah turut menemani hadir....
 teman2 n adik2 kelas MDK(masakan dan katering)2/94
 sahabat2 seperjuangan...
 diakhir 'perpisahan'....
 ops!
 masa praktikal di langkawi...aku n kak hanisah
sweet memory....

Institut kemahiran belia negara,Peretak,Kuala Kubu Bharu,Selangor,itulah tempatnya yg memberi seribu kenangan.Ketika aku membuat keputusaan utk kesana...aku sebenarnya baru kehilangan bonda tercinta.Aku telah kehilangan arwah bapak tersayang pd thn 1990 dan selama itu aku amat bergantung pada arwah mak.Aku tak pernah berenggang ngan arwah sejak dari itu.Kemana mak pergi disitu jugalah aku ikut....Arwah mak pulak jenis yg tak pernah berpisah jauh dari arwah bapak...jadi kami saling bergantung dan terlalu rapat.Bila ini terjadi ,aku sebenarnya hilang punca....mengingatkan ini amat memedihkan!
Bila aku membuat keputusan utk 'belajar'kat ikbn...sebenarnya aku tak nak menyusahkan famili abang @kakak.Mereka semua ada tanggungjawab pada famili masing2.Dan aku membawa diri....
Di ikbn...aku dipertemukan dgn ramai sahabat2 yg menghibur hati yg lara n mengubat kerinduaan pd arwah mak!Oleh kerana semua pelajar kat sana jauh dari famili masing2...kami jadi rapat n saling bergantung.Sahabat2 semuanya datang dgn berbagai latar belakang.Ada juga yg punya kisah hidup yg tidak seindah diimpikan.Bila ada yg terasa sama jer rentak hidupnya ,kami jadi rapat.Tapi sayangnya pembelajaran kat sini sekejap jer....lebih kurang 5 bulan serta 1 bulan praktikal.
Perpisahan ini sekali lagi memeritkan 'jiwa' ini.Tapi alhamdulillh...sahabatku yg seorang ni sama tempatnya praktikal ngan aku.....'Sheroton Langkawi Resort'.Habis praktikal kami sama2 juga mencari rezeki di Kuala Lumpur.....hinggalah aku bertemu jodoh!
Aku tak pasti thn berapa ikbn peretak ditenggelami air utk di buat empangan.Ikbn peretak masih ada pada nama dan tempat yg baru.Ikbn peretak terletak pertengahan jln utk ke Fraser Hill.Kawasannya sejuk dan mendamaikan.Di bawah tempat pelajar tinggal ada sebatang sungai yg airnya deras n sejuk sangat.Kadangkala bila tempat kami tak ade air.....apalagi semua mandi n membasuh tepi sungai...ler!Setiap kali nak ke kelas pula, waktu pagi,balik rehat @ke kelas petang..semua diwajibkan kawad.Bila dikenang kembali..lucu pun adaAku paling takut kalu di suruh bagi'arahan'...pusing kiri!pusing kanan! cepat jln...tak terkeluar suara...buat pula 'che mat'(tukang ajar kawad)ada..mau bertabur!.Banyak sahabat2 ini yg terputus hubungan...ialah dah hampir 17 thn kami meninggalkan peretak!Alhamdulillh dengan adanya fb,ramai juga yg dapat disambungkan kembali silaturahim.Masing 2 dah berubah wajah....masing2 dah punya keluarga n bicaranya semakin matang.Ketika itu ramai yg baru lepasan SPM,umur dlm 17thn@18thn.Macam aku masa tu umur dah 23thn....yg umur mcm aku ni ada ler 5@6 org....
Selepas praktikal...ramai yg dah terputus hubungan.Masing2 membawa haluan sendiri.Kebanyakkannya hanya utk mengisi kekosongan masa sementara menanti utk melanjutkan pelajaran @ mencari kerja yg lebih stabil....apapun pada aku...'peretak'byk mengajar erti sebuah kehidupan n persahabatan.Merinduimu...PERETAK!

Isnin, 20 Jun 2011

SHAHASIA decor......




ini sebenarnya  nak niaga sambil2an...my hubby.Nak cari duit lebih wat nak menampung famili...Aku tolong buatkan blog n uruskan utk my hubby.Kalau 'masyuk'...aku pun senang juga!Kalau tak 'jalan' juga takpe ler wat cari 'pahala' yg penting ikhlas,usaha....jgn jadi bala sudah!Klau ada sesiapa kat luar sana nak pasang karpet utk masjid,surau,pejabat @ blinds....boleh ler ke blog SHAHASIA DECOR ENTERPRISE...BUSANA IKHWAN71@gmail.com.Dengan pengalaman selama lebih kurang 7@8 thn dlm bidang karpet,kalau tak digunakan ...sayang ler pulak!Apa kata berikan sokongan untuk org islam sendiri pasangkan karpet kat tempat 'solat' kita.....

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

setelah sekian lama....

 tepung yg dibuat bebola ni disapukan majerin agar tak melekat.
 hah...tebarrrrrr!
cepat ayah...dah lapar nie!!!!!yeah!
Biasanya kalu berniaga ...naik 'muak'makan roti canai.Apa taknya ayahnya sendiri yg uli dan tebarkan.Pagi roti canai...kalu ta habis jual...tghari pun roti canai.Dah hampir 2 thn ta makan roti canai 'buatan' my hubby!Asyik makan nasi pun jemu juga.Pagi nasi lemak,tghari nasi,malam nasi lagi....mau badan pun mcm guni beras!
So semalam my hubby dah ulikan sekg tepung utk makan tghari.Lepas uli ,simpan kat dlm peti sejuk.Kebetulan sahabat anakku ,irham dtg...apalagi makan roti canai ler tghari ni.Ayahnya tebar l5 keping roti canai 'kosong' n buatkan roti canai pisang 4 keping.Aku masakkan kuahnya kari ikan senangin n sambal sardin.Hah!sampai ke petang anak2ku dok berulang makan!Sesekali tukar selera....nak makan kat luar,tak boleh ulang2 n badget!Al-maklum bala tenteranya....!!!Nanti aku uploadkan foto ayahnya sdg beraksi 'menebar roti'Mata dah ngantuk sgt...good night!

Ahad, 19 Jun 2011

.....pukul 4 pagi?

tetiba terjaga....pukul 4 pag?ah!dah tak boleh nak tidur.Tadi masuk tidur awal...skrg dah terjaga dah tak boleh nak lelapkan mata.Apalagi...buka blog ler....Mungkin umur dah semakin byk tido pun dah tak nak byk.Siang pun mana ada tido....Mungkin juga peringatan utk buat lebih amal....solat tahjjud ker?Kadang kala apabila terlalu sibuk ngan 'kehidupan' aku jadi sedikit lalai...Kalau nak diikutkan urusan rumahtangga....sampai bila pun tak habis.Ada jer 'benda'yg nak diuruskan....Kalau ngok kat dlm sinki umah tu tk pernahnya 'kosong',ada jer yg anak2 tu tinggalkan buat aku!Sepahnyer....dah tak larat nak berkemas....Hari ni basuh baju pun 3'trip'...2'trip jer berjemur,lagi satu trip masih kat dlm washing mesin..Dah azan subuh....semua masih tido....baby adam pulak dah merenget...nak susu ler tu!....samb.balik.Baby adam dah tido balik.Hai...meremang jer ' bulu tengkok'ni..Maklumlah...sunyi,semua masih tido!Mungkin juga sbb kat tempat aku tinggal skrg ni sibuk ngan cite 'org minyak'.Khabarnya dah 2@3 buah umah dah dimasuki.Nauzubillah....jgn ler ganggu kacau2!Mungkin juga sbb thn lepas umah aku pernah dimasuki pencuri.Bayangkan sesiapa pun bole tak sedar dlm umah ni.Siap boleh angkut tv LCD 32",pastu sepah2 kan barang dlm almari baju.Anak2 pun tak sedar.Padahal masa pukul 3 pagi tu,aku ada bangun ke tandas,tv masih ada.Masa nak solat subuh,anak2 tanya mana ibu letak tv?tak ker kecoh jadinyer...yang musykilnya semua tingkap n pintu semuanya berkunci...tak ada langsung 'tanda'pecah umah!berdiri bulu roma ni bila mengenangkan....nak gi solat subuh pastu nak baring jap.....sarapan nanti ayahnya nak tebar roti canai!!!!

Jumaat, 17 Jun 2011

...:::***SELAMAT ULANG TAHUN***:::...

 suprise!suprise!....hadiah dari my hubby.....tq!

tak pernah ketinggalan utk ibu dari anakku iqbal...
 with my bro....yg sama tarikh 8hb.JUN???
 first time menyambut n 'membelikan' kek utk diri sendiri...hahah!sbb seronok dpt sambut ngan my bro.!
 aksi geram tak pernah dpt 'potong'kek sediri....huhuhu!
bro.din n famili.....moga kehidupan yg mendatang akan lebih ceria n sukses,insyaallah!

< @~@ > iman danish solat jumaat

hari ini ayahnya cuti.Jadi bolehlah iman ikut sama tunai solat jumaat.wah!siap pakai jubah.

Rabu, 15 Jun 2011

cuti sekolah minggu akhir.......(mei - jun 2011)

Minggu akhir cuti sekolah,baru ayahnya dpt bercuti.Kebetulan abang dari Johor nak dtg bertiga.Abangku,kak shimah(kakak ipar)n Firdaus(anak menakan)...anak2 yg lain ada yg tak dpt cuti,belajar n seog lagi masuk PLKN!
......ini dah bersiap sedia nak serang!!!!!"had hujung pakai singlet hitam tu kaptennyer"!!!hahahah!
- DESA WATERPARK -tmn danau desa,kuala lumpur.
kat belakang tu yg anak2 aku  suka sgt! itu namanya surf shack.Ada mcm2 lagi tempat yg menyeronokkan spt thunder bolt , tarzan in town , bubble pool ( ini mcm jacuzzi...seronok layan air yg membuih2)pastu kat shock wave....kat sini yg best sbb ada'ombak'

ini masa dah nak balik setelah puas berendam,berenang n mcm2 lagi....byk gambar yg tak dpt diambil sbb semua terlalu seronok dpt berendam!yg paling best bila tiba waktu'ombak'...mcm betul2 kat tepi pantai.Baby adam dpt berendam hampir 2 jam pun tak kalut nak susu.Ibunya pun apalagi...ambil kesempatan ler.....

tengok....baby adam dah terlentok sbb lama berendam dlm air...penat ler tu! Muka semua monyok kelaparan!!!Lepas ini kami semua pi pekena sup n tomyam 'org kedah'Lepas kesejukkan pekena sup panas...huh!sedapnyer....Hampir pukul 3 ptg kami bertolak pulang ke Sepang.Rupa2nya.....setelah sampai umah n hantar anak2 pulang...aku,'my hubby',abgku n kak shimah gi 'serang nilai 3 ler pulak!!!Maunya ke sana diangkut pulak toto,cadar......dll.Sampai lenguh kaki punya ronda kat Nilai 3.
 Kuala lumpur....kami dtg lagi!!! Ini aktiviti keesokkannya pula....
 my hubby n baby adam.....
 'rakyat' yg baru turun dari kenderaan......nasib baik cukup muat dlm satu 'exora'
 berlatar belakang KLCC...
 KLCC.......

 AKHIRNYA DARI JOHOR...SELAMAT TIBA DI KLCC....YEAH!
 POSING JGN TEGAK MCM 'NEGARAKU'hahah!
 dari kiri imran,ikhwan,bro.Din,firdaus,iman n iqbal......
 tapak kaki..????

 pemandangan luar 'aquaria'



 aksi menanti makanan.......
 sempat lagi berposing!!!

cuba teka...?            disebelah malam ada lagi aktiviti......tunggu laporanya......best!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT