Rabu, 23 November 2011

menghampiri akhir tahun......


 Inilah kuih yg digemari anak-anakku.Oleh kerana semua dah bercuti,perut...asyik lapar jer!Boleh dikatakan pagi dan petang asyik suruh wat karipap.Kalau boleh malam tak makan nasi pon takpe...makan karipap!Bila dah ramai2 nie...ramai ler pula yg nak jadi 'chef pastry'.Masing2 aku berikan sedikit doh utk buat 'bentuk'yg diingini.Tapi sendiri buat,sendiri makan,yer!Hanya buatan ibu jer yg boleh semua nikmati.
 Terlambat sedikit upload foto.....ini ialah Hari Kecemerlangan Sek Keb KLIA,Sepang. kumpulan tarian semazau yg dipersembahkan oleh murid tahap 2.Muhammad Imran (no.2,duduk sebelah kanan)
 bersama Muhammad Iman Danisah, hari konvo pra-sekolah,kelas airbus dan boeing.
 masih sempat bergaya bersama-sama teman sebelum naik ke pentas.
 Imran mendapat terbaik matapelajaran  maths,pengetahuan agama islam,bahasa arab dan sebagai ketua darjah utk tahun 2Airbus.
 Iman pula mendapat terbaik utk matapelajaran bahasa inggeris
Ini pula persembahan dikir barat dlm bahasa arab yg mewakili sekolah dlm peringkat daerah.Iqbal yg berada tengah dihadapan.Dan itu juga merupakan acara penutup sebelum bacaan al-quran oleh salah seorg peserta tilawah peringkat daerah.

MYLAUNCHPAD

MYLAUNCHPAD

Selasa, 22 November 2011

Ungu Andai Ku Tahu with Lyrics

SESEKALI BILA KESEDIHAN BERTANDANG....


...macamna yer nak luahkan perasaan sedih,hiba n tak puas hati tanpa melukai @ memburukkan sesiapa....


pada hakikatnya kesedihan bertandang tentulah ada sebabnya
.....dan pada hakikatnya juga aku sebenarnya tak pandai nak meluahkannya!
kekadang tu ada yg membuatkan dada ini menjadi 'sesak',fikiran jadi celaru,serba tak kena....
dan padaNya....aku merintih,mengadu,berharap n berserah!
pernah seorang teman a.k.a jiran baikku,'offer'utk mendengar apa jua masalah atau apa2 yg terbuku di dada,....andainya aku boleh meluahkan!
dah jauh sangat perjalanan hidup ini,pastinya banyak yg telah dilalui....
sebenarnya aku lebih selesa begini.....
jarang sekali ku toleh kenangan lalu....
andai dikenang yg pahit...airmata pasti menitis
kerna berjayanya aku harungi
andainya yg manis ku kenang
pastinya jua airmata yg berjurai
kerna kenangan manis itu terlalu indah 
pastinya tak akan kembali lagi...
Aku hadapi hidup yg mendatang
Dengan beusaha menjadi yg lebih baik dari semalam
selainya aku berserah pdNya




-kekadang kita tak mampu utk memuaskan hati semua org...
andainya mereka juga mampu menerima hakikat, aku jua manusia biasa!
-kekadang aku menangis utk jadi manusia yg sempurna
dan akhirnya ia menjadi bosan dan tersungkur
Ya ilahi....dan setiap itulah aku sentiasa diberi peluang utk
...mencari jalan pulang!
...subhanaallah....aku merindui kasih sayang dan ehsanMU!

Berita Harian Online | Penduduk bantah roboh surau

dddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddBerita Harian Online | Penduduk bantah roboh surau

Sabtu, 19 November 2011

<3<3<3....maka bermulalah cuti.......

19hb.nov 2011,hari sabtu....bermulalah cuti penggal ketiga.Alhamdulillah,hari dimulakan dgn semua anak2 solat subuh.
Selepas subuh,ayahnya dah keluar mencari rezeki.Anak2 pula dah mula menghadap PS3.Iqbal pula telah dijemput kawan utk main bola.Aku......mcam biasa,rutin seorg ibu.Buatkan sarapan,basuh baju,rendamkan kasut2 sekolah anak2 supaya thn hadapan boleh guna lagi....so,sambil2 tu menghadap blog!
Duit yg kerajaan bagi utk anak2 sekolah telah pun dapat sebyk rm 400.00,utk 4 org anak...alhamdulillah.Sekurang2nya,ringanlah sedikit perbelanjaan utk beli keperluan sekolah anak2 utk sesi 2012.
Duit itu pula,aku berikan rm25.00 seorg utk anak2 beli apa yg mereka hendak.Jadi dapatlah juga anak2 merasa 'rezeki' ini.
Cuaca pagi ini walaupun ada mentari tetapi terasa sejuk.Ada ketenangan....yg dapat aku rasai.Peliklah pulak!
Aku masih mencari2 idea utk diberikan pada anak2.Apakah aktiviti dan susun atur @ mcmna aku nak anak2 aku habiskan cuti penggal ini,yer?Aku tak nak mereka habiskan waktu dgn hanya menghadap games,i'tnet n, n, ,main!
Apapun,hari ini dan esok masih acara bebas....Insyaallah,isnin ini kita akan mulakan cuti dgn bermanafaat.Tahun depan ,irham n ikhwan akan menghadapi peperiksaan yg penting iaitu PMR n UPSR.Iqbal akan naik ke tingkatan 1.Iman pula akan memulakan tahun 1 n Imran pula thn 3,sebagai pengawas pusat sumber.
Oleh kerana itu,cuti ini pasti ada byk perkara  yg harus diulangkaji.
....selamat bercuti n selamat berehat seketika........

Jumaat, 18 November 2011

TAHNIAH ......UPSR 2011


Bagi anak-anak yg berjaya dgn cemerlang dalam UPSR 2011....ibu ucapkan tahniah...moga lebih berjaya pada masa akan datang.
Untuk anak ibu,iqbal.....
Apabila keputusan sudah berada ditangan,usah lagi mengalirkan airmata.Masa itu telah berlalu dan tak akan kembali lagi.
Haruskah berpuas hati dgn apa yg dicapai?
Leteran ibu sebelum ini,bukan sekadar nyanyian di pendengaramu...
Ibu mahu buat yg terbaik
Tiap hari ,ibu peruntukkan masa utk melihat kerja dan ulangkaji iqbal...
...sayangnya ibu hanya bersama buku-buku ulangkaji,iqbal dengan alasan sekejap n sekaejap ,pastu hilang kemana.
Ibu...dengan enam org yg harus dipertanggungjawabkan!Kekadang terlepas pandang kerana ada enam suara yg perlu didengarkan....maafkan ibu!
Mungkin ibu yg terlepas pandang.....kalau iqbal juga mahu memberi kerjasama.
....mungkin hari ini kita meraikan suatu kejayaan yg boleh dibanggakan.
Kecundang kali ini bukan bermakna gagal selamanya...
Ibu mahu ,kita sama-sama bangkit dan meneruskan pencapaian yg lebih baik.Disaat iqbal memperoleh keputusaan yg begitu ibu tidak sangka.....ibu juga seperti org yg telah kalah dlm peperangan.Sedih melihat usaha ibu selama ini,sebak melihat kegagalan yg iqbal sendiri harus terima.
Moga-moga ,selepas ini kita harus lebih berkerja keras....utk lebih berjaya!Selebihnya .....kita berserah pdNya.
Tahniah utk anak ibu...iqbal!Sedarkan kita utk jadi insan yg lebih berguna utk dunia n akhirat,amin.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

irham...

Lilypie Kids Birthday tickers

iqbal...

Lilypie Kids Birthday tickers

ikhwan...

Lilypie Kids Birthday tickers

imran...

Lilypie Kids Birthday tickers

iman danish...

Lilypie Kids Birthday tickers

ilyas adam...

Lilypie Second Birthday tickers

...PENGIKUT